Laman Utama

Beg Tong Cat Louis Vuitton Dijual Dengan Harga RM12,000, Ada Yang Sudah Beli?

gempak
Maliah Surip
06/09/2022
13:44 MYT
Sponsor Banner
Beg Tong Cat Louis Vuitton Dijual Dengan Harga RM12,000, Ada Yang Sudah Beli?
Dunia fesyen sentiasa berhadapan dengan evolusi dan seni yang tersendiri.
Jika sebelum ini pemerhati dan peminat fesyen sempat mengkritik kehadiran Trash Pauch dari Balenciaga yang dijual dengan nilai sekitar RM8,000 pada Ogos lalu, nampaknya pada bulan yang sama, satu lagi jenama tersohor dunia, Louis Vuitton juga muncul dengan ‘karya seni’ tersendiri.
‘Karya seni’ yang dihasilkan oleh mendiang Virgil Abloh yang meninggal dunia pada Disember 2021 tersebut diinspirasikan daripada tong cat!
Merupakan hasil terakhir mendiang, koleksi Fall/Winter 2022 itu diberi nama Paint Can Bag. Edisi Paint Can Bag ini juga boleh dimiliki dalam warna biru, ungu dan dimulai dengan warna jingga (orange) dalam seleksi enam warna.
Berbanding beg seperti luggage atau tas tangan yang lebih bersifat elegan dan ‘LV’, Paint Can Bag ini dihasilkan dalam nuansa lebih playful atau nakal.
Menerusi laman web rasmi jenama LV, edisi beg tersebut dijual dengan harga sekitar RM12, 791.
Ia boleh memuatkan dua buah telefon bimbit dan beberapa barangan peribadi dalam saiz kecil.
‘Kelahiran’ edisi Paint Can Bag ini menimbulkan beragam pendapat. Ada yang teruja kerana ia kelihatan kreatif dan mencolok mata dengan warna ‘menjerit’, tetapi tidak kurang yang mengkritik.
Buat para pengkritik, mereka beranggapan sebuah ‘tong cat’ tidak sepatutnya dijual dengan harga mencecah RM12,000.
Sebelum ini Abloh juga pernah melancarkan edisi beg LV yang diber nama Louis Vuitton Airplane Bag dengan reka bentuk sama seperti sebuah pesawat atau kapal terbang.
Ia dijual dengan harga mencecah RM175,000 dan salah seorang pemilik beg tersebut adalah bintang sensasi, Chris Brown.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live