Pelakon Keith Foo mengakui terkejut dengan kehadiran wajah-wajah baharu yang mewarnai industri hiburan di Malaysia.

Menurut Keith, sebagai pelakon dia tidak tergugat dengan kebanjiran pendatang baharu dan menganggap perkara itu sebagai sesuatu yang positif.

"Jujur agak terkejut kerana begitu ramai pelakon baharu yang saya tidak kenal.

"Kebanjiran pendatang baharu adalah perkara yang positif bagi saya sebab ia menandakan industri lakonan tempatan sedang berkembang.

"Tidak perlu berasa tergugat, sebaliknya kita harus berbangga kerana industri sentiasa meriah dengan bakat baharu.

"Pada masa sama, saya tidak rasa persaingan kerana bukan semua pelakon senior mempunyai idea yang bagus kerana adakalanya pelakon baharu juga banyak dengan idea bagus serta segar," katanya kepada Gempak.

Keith berkata demikian ketika ditemui pada malam kemuncak Festival Filem Malaysia Ke-30 (FFM30) yamgberlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), baru-baru ini.