Bekalan Perubatan Di Gaza Semakin Berkurangan - Pegawai Antarabangsa
Kekurangan bahan api yang teruk telah melumpuhkan respons kecemasan Bulan Sabit Merah Palestin di Gaza, dengan kurang daripada separuh ambulans mereka kini beroperasi, menurut Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) pada Jumaat.
Menurut Agensi Berita Emirates (WAM), penutupan sempadan telah 'menjejaskan dengan ketara' perkhidmatan, menyebabkan hanya 23 daripada 53 kenderaan dapat beroperasi susulan pemberhentian penghantaran bantuan kemanusiaan, termasuk bahan api, kata jurucakap IFRC Tommaso Della Longa dalam taklimat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva.
Ini adalah akibat langsung daripada kekurangan petrol, katanya sambil menekankan bahawa seluruh komuniti yang lemah meminta bantuan kecemasan tetapi tidak menerima sebarang respons.
Sumber: Astro AWANI