Laman Utama
Bekas Anggota Atomic Kitten, Kerry Katona Jadi Jutawan Lepas Muat Naik Foto Kaki
Berpecah daripada grup wanita terkenal Atomic Kitten dan pernah diisytihar muflis pada tahun 2008, nasib Kerry Katona berubah sekelip mata.
Kerry mendakwa dirinya kini mampu memperoleh jumlah pendapatan cukup lumayan sehingga melebihi puluhan ribu Euro sebulan hanya dengan menjual atau mengirim foto foto terkini bentuk kakinya!
Ibu tiga anak ini mendakwa ramai yang gemar dan tak boleh move on untuk melihat bentuk dan saiz kakinya yang kecil iaitu saiz 3.
Advertisement
Menerusi temubual eksklusif bersama The Mirror, Kerry mengaku memuat naik foto foto kakinya dalam sebuah laman web porno atau dewasa selepas mendapat permintaan yang sangat tinggi dalam kalangan pengikut laman web tersebut.
"Ramai yang cakap hidup saya terdesak. Sebab itu saya masuk ke laman web ini dan menjual tubuh. Tapi saya membuat duit jutaan ringgit buat kali pertama selepas muflis dengan cara ini (mempamerkan foto kaki)," kata Kerry.
Sambil mendakwa foto foto kaki miliknya setaraf dengan babak erotik dalam filem dan dianggap seni, wanita yang kini berusia 40 tahun itu menegaskan apa yang dilakukan saat ini adalah sebuah perniagaan.
"Saya hanya menghantar pesanan berunsur lucah dan foto tapi tidak pernah berbogel.
"Kemudian ada yang mula meminta foto kaki saya sahaja dan semuanya terus memberi kebahagiaan kepada pelanggan saya," katanya lagi.
Melalui pendapatan yang diperoleh dengan mengirim foto kaki kepada pelanggan, Kerry melaburkan duitnya dalam bidang perniagaan.
Dia membuka jualan pakaian dalam talian iaitu KerryBoutique selain memperkenalkan aplikasi cari jodoh yang diberi nama Marnii.
Kehidupannya juga menjadi semakin baik sehingga mampu membeli sebuah kediaman mewah.
Instagram: @kerrykatona7
Must-Watch Video