Sempena kedatangan Awal Muharam, bekas isteri kepada pengacara televisyen popular Ally Iskandar, Farah Lee berhijrah ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran.

Memilih Sarjana Pendidikan Kanak-Kanak di University of Leeds, United Kingdom, Farah turut membawa anak tunggalnya, Maream Esabel untuk bersama-samanya.

"Hijrah aku pada tarikh hijrah Nabi. Salam Maal Hijrah.

"Moga ini penghijrahan yang membagi kebaikan," tulisnya ringkas di Instagram.

. Hijrah aku pada tarikh hijrah Nabi. Salam Maal Hijrah. Moga ini penghijrahan yang membagi kebaikan. 100918. . #FLstudies #FLinUK #FLchampioningchildhood #ommareamUK

A post shared by F. L. (@farahlee_) on



Farah dan Maream akan menetap selama setahun di United Kingdom sehingga tamat pengajian.

Perkongsian itu mendapat doa daripada rakan artis dan peminatnya.

Malah, lebih menarik apabila Ally turut memuat naik sekeping foto bersama anak perempuannya di lapangan terbang sebelum mereka berlepas.

"Duhai anak," tulisnya ringkas bersama ruangan komen yang telah ditutup.