Viral

Bekas Isteri Bersalin Overdue, Da'i Farhan Dapat Anak Lelaki

gempak
Amri Hassan
06/01/2020
02:56 MYT
Sponsor Banner
Bekas Isteri Bersalin Overdue, Da'i Farhan Dapat Anak Lelaki
Pendakwah sensasi Da'i Farhan memanjatkan rasa syukur atas kelahiran anak keduanya pada Ahad.
Menerusi akaun Instagramnya, Farhan turut memuat naik sekeping foto dirinya mendukung cahaya mata lelakinya itu.
"Alhamdulillah selamat melihat dunia putera walid dan ummi. Moga hidup dalam kebahagiaan, sukses selalu, barakah dunia akhirat.
"Syukran ummi, semoga dirahmati diberkati Allah," ucapnya syukur.
Terdahulu pada pagi Ahad, Farhan memuat naik entri di Instagram bersama isteri baharunya, Dr. Erin sebelum berangkat pulang ke Kelantan untuk menyambut cahaya matanya.
Sementara itu, bekas isteri Farhan, Fatin Nurul Ain berkongsi keterujaannya menantikan kehadiran anak keduanya yang dilahirkan lewat daripada tarikh jangkaan.
"Tercipta pengalaman melahirkan anak berbeza-beza. Si kakak awal tiga hari, si adik dah terlepas due ni.
"Ada kajian mengatakan melahirkan anak lelaki lebih sakit berbanding anak perempuan.
"Tak kisah dah anak lelaki ke perempuan, yang penting lahir dengan selamat," katanya.
Adik kepada Farhan, Nik Fatma Amirah juga melayangkan ucapan tahniah atas kelahiran anak saudaranya itu.
"Alhamdulillah bertambah lagi anak saudara. Semoga dia jadi anak yang soleh, menjadi pelindung untuk umminya," tulis Fatma.
Fatin telah diceraikan Farhan pada 3 Disember lalu ketika sedang sarat hamil menerusi aplikasi WhatsApp.
Sebelum itu, Farhan mendedahkan kepada umum telah mengahwini seorang janda anak lapan, Dr. Erin di Makkah ketika menunaikan umrah bersama-sama.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live