Siti berkongsi momen gembira itu menerusi satu foto di akaun Instagram miliknya semalam.
“Alhamdullillah. My pleasure DS Kak Tengku. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati & memberkati kita sekeluarga. Amin ya rabb ???? #Repost @teezac with @get_repost,” tulisnya
Melihat foto bahagia itu, peminat memuji dan kagum dengan sikap Datin Zawyah yang meluangkan masa semata-mata untuk melihat bayi comel itu.
“Respect to ibu @teezac dan ibu @ctdk, sabar dan ikhlas atas ketentuan Allah SWT, semoga selalu sehat, penuh berkah dan tambah sholeha serta semakin di cinta Allah,” tulis Zulyatmi.
“Alhamdulilah, ziarah menziarahi,” tulis Ibrahimnorawati pula.
Foto: Instagram @ctdk