Hiburan

Bekas Kekasih Hafiz Hamidun Asal Indonesia Meninggal Dunia - "Saya Memang Terkejut"

Muhammad Firdaus
22/02/2024
07:55 MYT
Penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun mendedahkan bahawa perkenalannya bersama wanita Indonesia yang dahulunya pernah diceritakan terhenti akibat daripada pemergian gadis tersebut.
Menurut Hafiz, atau nama sebenarnya Mohammad Hafiz Hamidun, 40, berkongsi wanita berkenaan telah pun meninggal dunia akibat daripada jangkitan Covid-19 sekitar tahun 2021.

BERITA TRENDING: Konsert Zikir Dikir Papar Gabungan Unik Irama Kerohanian & Kebudayaan

“Dia meninggal dunia kerana Covid, ini serius, perkara itu terjadi pada tahun 2021.
“Saya dapat tahu dari keluarga dia, saya memang terkejut, tapi masa tu kita tahu bila kita dimasukkan ke hospital sebab Covid, kita dah bersedia terima apa pun keputusannya,” katanya.
Dalam pada itu, Hafiz ketika ditemui di sidang media Konsert Zikir Dikir yang berlangsung di Restoran Yahala, Glo Damansara turut menyatakan bahawa dirinya tidak menolak sekiranya bertemu jodoh walaupun telah mencecah usia 40-an.
“InsyaAllah kalau ada rezeki, tahun ni saya dah 40 sebenarnya, buat masa ni anak dah empat tahun, kalau dulu mungkin susah sikit nak uruskan banyak perkara tapi sekarang dia dah membesar jadi InsyaAllah ada kelapangan masa.
“Pada saya nak ada rumah tangga ni kena ada komitmen, InsyaAllah pada masa akan datang saya tak menolak sekiranya ada jodoh,” kongsinya.
Sekadar info, Hafiz sebelum ini pernah berkahwin dengan usahawan kosmetik, Joy Revfa pada Mei 2017 namun berpisah pada bulan Oktober dalam tahun yang sama.
Hafiz memfailkan cerai terhadap Joy kerana mendakwa tiada persefahaman antara satu sama lain dan tiada kebahagiaan dalam rumah tangga mereka.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ernie Zakri Enggan Komen Lebih Lanjut Isu Diperlakukan Tidak Professional - “Lambat Laun Orang Akan Tahu Juga”

gempak
26/07/2024
09:55 MYT
Penyanyi Ernie Zakri tampil mengulas mengenai isu ciapan di X yang pernah di muatnaik beberapa minggu lepas.
Hiburan

Sering Dipanggil ‘Aunty’, Sarah Suhairi Sedia Bergelar Ibu

gempak
26/07/2024
04:55 MYT
Menurut Sarah, dia sedia maklum status Aswad sebagai duda anak tiga namun itu tidak menjadi halangan untuk mereka berkenalan dan mendirikan rumah tangga.
Hiburan

Dengan Sekali Lafaz, Sarah Suhairi Selamat Bergelar Isteri

gempak
26/07/2024
01:15 MYT
Penyanyi, Sarah Suhairi sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya yang juga merupakan pensyarah, Aswad Anuar pada majlis pernikahan di Barern Hill, Hulu Langat pagi Jumaat.
Hiburan

Dakwaan Harith Iskander Berlaku Curang, Bekas Isteri Pilih Untuk ‘Tutup Buku’ - “Apa Yang Penting, Kami Memaafkan Antara Satu Sama Lain”

gempak
25/07/2024
06:25 MYT
Susulan pengakuan pelawak Harith Iskander yang mengakui rumah tangga retak akibat kesilapan sendiri mengundang pelbagai spekulasi netizen yang ada antaranya mendakwa ia kemungkinan melibatkan kecurangan.
Hiburan

Perceraian Jalan Terakhir, Harith Iskander & Bekas Isteri Sudah Cuba Pelbagai Cara Untuk Selamatkan Rumah Tangga - “Ketika Melafazkan Talak, Sudah Pastinya…”

gempak
25/07/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon Harith Iskander memberitahu dia dan bekas isterinya iaitu Dr Jezamine Lim sudah melakukan pelbagai cara untuk menyelamatkan rumah tangga mereka.