gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Syed Saddiq Sambut Kemenangan Dengan Keluarga, Belum Fikir Fasa Seterusnya Dengan Bella
HIBURAN
Bella Astillah Menangis Gembira Syed Saddiq Dibebaskan - “Dia Jujur, Berani, Ikhlas, Sebab Itulah…”
HIBURAN
“Alhamdulillah, Dah Boleh Kahwin!” – Syed Saddiq Bebas Tuduhan, Peminat Terus Doa ‘Wedding Of The Year’ Dengan Bella Astillah
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Bekas Pengetua Dipenjara 107 Tahun Kerana Rogol, Salah Laku Seksual Pelajar

Gempak
Gempak
24/06/2025
23:55 MYT
Sponsor Banner
Bekas Pengetua Dipenjara 107 Tahun Kerana Rogol, Salah Laku Seksual Pelajar
Seorang bekas pengetua dijatuhi hukuman penjara 107 tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, pada Selasa selepas didapati bersalah atas 13 pertuduhan membabitkan kesalahan seksual terhadap pelajarnya.
Tertuduh, Rosli Abd Rahman, 60, dikenakan hukuman itu selepas mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan tersebut.
Mengikut pertuduhan, Rosli didakwa berkomunikasi secara seksual selain pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa.
Perbuatan itu didakwa dilakukan terhadap mangsa yang ketika itu berusia 16 tahun lapan bulan antara November 2020 hingga November 2021 di sekitar daerah ini dan Marang.
Rosli berdepan lima pertuduhan merogol mengikut Seksyen 376(2)(f) Kanun Keseksaan, selain empat pertuduhan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (AKSTKK).
Tertuduh turut didakwa atas dua pertuduhan berhubung komunikasi seksual mengikut Seksyen 11(1)(a) serta satu pertuduhan masing-masing mengikut Seksyen 14(c) dan 14(d) akta sama.
Mahkamah menjatuhi hukuman penjara satu tahun bagi kesalahan mengikut Seksyen 11 (1) (a) dan lima tahun penjara bagi kesalahan di bawah Seksyen 14 (a), 14 (c) dan 14 (d) AKSTKK 2017.
Bagi setiap pertuduhan di bawah Seksyen 376 (2) (f), tertuduh dijatuhi hukuman penjara 15 tahun.
Mahkamah bagaimanapun memutuskan semua hukuman berjalan serentak, menjadikan tempoh sebenar penjara yang akan dijalani tertuduh 15 tahun sahaja, bermula hari ini.
Mahkamah juga membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu proses rayuan, dan menetapkan jumlah jaminan RM40,000.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noradila Ab Latif, manakala Rosli diwakili peguam Abdul Rahman Razak.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
#sekolah
#Penjara
#Rogol
#Pengetua
#Budak
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement