Penyanyi lagu Bungaku Bakawali, Elly Mazlein menguruskan majlis aqiqah anaknya, Putri Sara Sefhia berseorangan tanpa kehadiran bekas suaminya, pengarah Azmi Hatta.
“Saya sudah lama berhasrat untuk mengadakan majlis ini tetapi baru sekarang ada ruang dan rezeki untuk saya meraikan Sefhia. Saya uruskan persediaan seorang diri, tetapi saya sangat bersyukur kerana ramai yang membantu.
“Sebenarnya, majlis ini dirancang oleh bapa Sefhia. Malangnya, sehingga Sefhia berusia 11 bulan, masih belum ada khabar berita dan perkembangan mengenai perancangan tersebut. Jad, biarlah saya selesaikannya sendiri.
“Dia sendiri tidak menghadirkan diri di majlis ini. Saya sudah memaklumkan menerusi laman sosial Instagram. Sepatutnya dia tahu mengenai perkara ini tetapi tiada sebarang respon dari bekas suami.
“Alhamdulillah, akhirnya majlis ini berjalan lancar. Semuanya berjalan dengan baik. Saya sangat berterima kasih kepada pihak yang membantu, sebagai contoh pihak Damalee Wedding yang memberi tajaan pelamin aqiqah Sefhia, pihak Aryana Candy Buffet untuk candy buffet dan Kisses.co untuk belon dan banyak lagi,” kata Elly kepada Astro Gempak.
Ditemui di majlis aqiqah Sefhia, Elly juga sempat bercerita mengenai perkembangan terbarunya yang kini tampil dengan produk kecantikan sendiri.
“Insya-Allah, saya bakal muncul dengan sabun kecantikan yang diberi nama Lina Pom Poms Soap. Sabun tersebut bakal dijual dengan harga mampu milik, RM24.90 sahaja.
“Walaupun produk tersebut belum lagi dilancarkan secara rasmi, saya sudah berjaya mengumpul 50 orang stokis yang berminat ingin memasarkan produk saya,” katanya lagi.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Kamaruddin Razal
Tue Jan 31 2017
Safiq Rahim Diserang Penjenayah, Cermin Kereta Dipecahkan Guna Tukul Besi
Bintang bola sepak tempatan Safiq Rahim berdepan detik cemas apabila cermin belakang kenderaan yang dipandunya dipecahkan oleh individu tidak dikenali dengan menggunakan tukul besi.
Seorang Maut, Seorang Cedera Dihempap Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail
Seorang lelaki berusia 47 tahun maut manakala seorang lagi lelaki berusia 26 tahun cedera dalam insiden pokok besar tumbang di Jalan Sultan Ismail pada petang Selasa.
Kugiran Masdo Bikin Konsert 'Free' Di Resorts World Awana!
Digelar sebagai The Beatles Malaysia, Kugiran Masdo bakal mengadakan konsert khas di Tempat Letak Kereta Terbuka, Resorts World Awana pada 25 Mei 2024, eksklusif untuk ahli-ahli kad Genting Rewards Card (GRC).
#MetGala: Busana Aluminium Foil, Rambut Pendek Michelle Yeoh Jadi Perhatian
Uniknya busana Michelle Yeoh.
THSS: Bukan Sekadar Pentas Nyanyian, Peserta The Hardest Singing Show Bakal Sajikan Aksi Lagak Shownmanship Yang Luar Biasa!
Program pertama paling susah di Malaysia, 'The Hardest Singing Show' bakal menguji kestabilan fizikal, mental dan kreativiti peserta dalam persembahan, di mana secara tidak langsung turut menguji kualiti vokal nyanyian mereka.
Hafiz Hamidun Berjaya Gabung Elemen Islamik & Budaya Melayu Dalam Konsert Zikir Dikir - “Kalau Ikutkan, Idea Untuk…”
Tahniah Hafiz Hamidun!
Tak Gemar Sambut Birthday, Ziana Zain Menangis Terima Surprise Anak-Anak
Penyanyi terkenal, Ziana Zain akui tersentuh apabila mendapat kejutan daripada anak-anaknya ketika ulang tahun kelahirannya yang ke-55 pada tahun lalu.
Uji Bakat - TikTok X ASTRO LIVE Gimme The Mic
Korang rasa korang ada bakat terpendam yang ingin dikongsikan? Ini lah masanya untuk anda menyerlah dan andalah yang kami cari! Jom join Gimme The Mic sekarang!
Netizen Sempat Rakam Detik Cemas Pokok Tumbang Hempap Landasan Monorel, Kereta Di Jalan Sultan Ismail
Doakan semoga semuanya selamat.