Laman Utama
Belajar Dari Pengalaman Lalu, Mafarikha ‘Sorok’ Suami
Belajar dari pengalaman perkahwinan yang lalu, penyanyi Mafarikha akui kini lebih selesa menjaga privasi bersama suaminya, Muhammad Zariq Noorulyusaa, 28.
Kata Mafarikha atau nama penuhnya Mafarikha Akhir, 29, dia akan cuba untuk tidak berkongsi kehidupan peribadinya di media sosial sebagai tatapan umum.
“Kehidupan saya sekarang Alhamdulilah baik saja semua tiada masalah. Cuma sekarang ini saya cuba untuk ‘keep very private’.
Advertisement
“Saya tak suka hal peribadi seperti keluarga suami terlalu expose atau ditonjolkan. Mungkin ada saya berkongsi cuma kadang-kadang sahaja.
“Bukan apa saya belajar dari pengalaman lalu. Saya rasa bahaya untuk saya terlalu berkongsi. Cukuplah orang hanya tahu mengenai karier saya sahaja,”katanya kepada Astro Gempak.
Pelantun lagu Tolong itu berkata kepada Gempak selepas rakaman rancangan GempakTV pada Isnin.
Penyanyi yang lahir dari program realiti itu berkahwin kali kedua selepas tiga tahun bercerai.
Berkongsi cerita mengenai suaminya yang bekerja di sebuah syarikat swasta, Mafarikha memberitahu pasangannya seorang yang memahami karier seninya.
“Suami bukan dalam bidang yang sama, jadi pada mulanya dia tidak faham mengapa saya perlu berjumpa ramai lelaki di dalam studio tetapi selepas itu bila dia sering ikut saya bekerja dia sudah mula biasa.
“Malah dia tidak menghalang saya dalam bidang ini dan menyokong untuk saya teruskan kerjaya saya,” beritahunya lagi.
Mengenai perkembangan terbaharu, Mafarikha yang kini berada di bawah label Luncai Emas itu baru sahaja muncul dengan single Angin.
Mengulas mengenai Angin ia merupakan lagu yang telah lama dicipta tetapi disusun semula dengan nafas segar.
“Lagu ini saya dah tulis hampir sembilan tahun lepas. Inspirasi pun dapat secara spontan dan ia mengenai bagaimana angin boleh sampaikan rindu. Ia bukan kisah saya tapi imaginasi saja. Itu pun tulis separuh je.
“Bila Luncai Emas minta lagu, saya pun beri lagu ini untuk didengarkan oleh Datuk M.Nasir . Selepas dia dengar katanya lagu ni sedap dan mahu ia menjadi single terbaharu saya,” ulasnya.
Must-Watch Video