Pelakon Noorkhiriah berkongsi rasa gembira apabila dihadiahkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi daripada suami tercinta.

Menerusi hantaran di Instagram, Noorkhiriah, 43, berkata dia bersyukur apabila kereta tersebut dibeli suaminya secara bayaran tunai. Malah dia tidak perlu memikirkan tentang bayaran bulanan.

“Alhamdulillah, janji tak pening bulan-bulan. Kerja saya ni pasang surut kadang job lebat (banyak) kadang tiada kerja.

“Kalau beli kereta mahal-mahal kang sudahnya makan tidur dalam kereta. Bulan-bulan seram nak bayar, maka bersyukur dengan seadanya.

“Terima kasih suami, suka buat kerja senyap-senyap. Tahu-tahu sampai. Lebihkan syukur. Insya-Allah,” katanya.

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17)

Pada perkongsian tersebut, turut dilihat kereta bewarna kelabu itu dihiasi dengan reben berwarna merah.

Dalam pada itu, Norkhiriah turut berkata biarpun keretanya tidak mewah dan besar, namun sudah cukup baginya untuk memudahkan urusan harian.

Malah dia sempat berseloroh apabila bangga memiliki kereta yang digelar raja jalan.

“Cukup…. Janji ada roda dan stering, signal jangan lupa bagi, janji boleh jalan.

“Kalau nak besar beli van jenazah, yang penting kereta saya King of The Road” tambahnya.

Menjengah ke ruangan balas, ramai wargamaya yang tumpang gembira selain mengucapkan tahniah buat akstres tersebut.