Pelakon dan pengacara, Alif Satar akui sudah memiliki sebuah rumah dan kereta di Kota Kinabalu, Sabah.
Alif berkata semua persiapan itu dilakukan kerana dia mempunyai perancangan untuk membawa anak dan isterinya berpindah ke negeri tersebut.
"Sebelum ini saya selalu mengunjuungi Sabah kerana atas tuntutan kerja dan sebagainya.
"Setelah sering kali ke sana, bagi saya Sabah adalah negeri yang menyenangkan untuk saya tinggal dan bawa keluarga saya.
"Tak tahu nak cakap macam mana tapi apa yang boleh saya katakan saya sudah jatuh cinta dengan Sabah.
"Sekarang saya sudah mempunyai sebuah restoran di sana dan sebab itu juga membuatkan saya mahu menetap di sana.
"Saya amat teruja untuk membawa anak dan isteri berpindah ke sana dan saya sudah membeli rumah serta kereta di Kota Kinabalu, Sabah untuk kemudahan saya dan keluagra nanti," katanya kepada Astro Gempak.
Pelakon Dia Semanis Honey itu membuka sebuah restoran A's Cafe di Padang Kontena Yayasan Sabah yang baru beroperasi kurang dua bulan yang lalu.
Mengulas mengenai perniagaan yang baru diusahakan itu, Alif memberitahu dia terpaksa ulang-alik ke sana dari Kuala Lumpur untuk menguruskannya bersama rakan kongsi.
"Kafe ini terletak di Padang Kontena Yayasan Sabah. Saya melihat lokasi ini sebagai lubuk emas untuk menawarkan pelbagai pilihan makanan citarasa semenanjung memandangkan ia berada di tengah-tengah Kota Kinabalu.
“Bukan mudah mengendalikan perniagaan ini jika memikirkan soal logistik tetapi keputusan mengusahakan A’s Cafe didorong oleh tenaga pasukan serta rakan kongsi saya di sana yang mantap," katanya lagi.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Syafiqah Jalal
Tue Jun 27 2017
Safiq Rahim Diserang Penjenayah, Cermin Kereta Dipecahkan Guna Tukul Besi
Bintang bola sepak tempatan Safiq Rahim berdepan detik cemas apabila cermin belakang kenderaan yang dipandunya dipecahkan oleh individu tidak dikenali dengan menggunakan tukul besi.
Seorang Maut, Seorang Cedera Dihempap Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail
Seorang lelaki berusia 47 tahun maut manakala seorang lagi lelaki berusia 26 tahun cedera dalam insiden pokok besar tumbang di Jalan Sultan Ismail pada petang Selasa.
Kugiran Masdo Bikin Konsert 'Free' Di Resorts World Awana!
Digelar sebagai The Beatles Malaysia, Kugiran Masdo bakal mengadakan konsert khas di Tempat Letak Kereta Terbuka, Resorts World Awana pada 25 Mei 2024, eksklusif untuk ahli-ahli kad Genting Rewards Card (GRC).
#MetGala: Busana Aluminium Foil, Rambut Pendek Michelle Yeoh Jadi Perhatian
Uniknya busana Michelle Yeoh.
THSS: Bukan Sekadar Pentas Nyanyian, Peserta The Hardest Singing Show Bakal Sajikan Aksi Lagak Shownmanship Yang Luar Biasa!
Program pertama paling susah di Malaysia, 'The Hardest Singing Show' bakal menguji kestabilan fizikal, mental dan kreativiti peserta dalam persembahan, di mana secara tidak langsung turut menguji kualiti vokal nyanyian mereka.
Hafiz Hamidun Berjaya Gabung Elemen Islamik & Budaya Melayu Dalam Konsert Zikir Dikir - “Kalau Ikutkan, Idea Untuk…”
Tahniah Hafiz Hamidun!
Tak Gemar Sambut Birthday, Ziana Zain Menangis Terima Surprise Anak-Anak
Penyanyi terkenal, Ziana Zain akui tersentuh apabila mendapat kejutan daripada anak-anaknya ketika ulang tahun kelahirannya yang ke-55 pada tahun lalu.
Uji Bakat - TikTok X ASTRO LIVE Gimme The Mic
Korang rasa korang ada bakat terpendam yang ingin dikongsikan? Ini lah masanya untuk anda menyerlah dan andalah yang kami cari! Jom join Gimme The Mic sekarang!
Netizen Sempat Rakam Detik Cemas Pokok Tumbang Hempap Landasan Monorel, Kereta Di Jalan Sultan Ismail
Doakan semoga semuanya selamat.