Pelakon Aliff Aziz akui bekas isterinya, Bella Astilah adalah wanita yang sangat istimewa yang pernah dikenalinya.
Menurut Aliff menerusi satu kenyataannya di dalam temubual menerusi telefon bersama stesen radio Hot FM pagi tadi, dia akui kesal dengan apa yang berlaku.
“Bella adalah seorang wanita yang kalau saya cari lain selepas ini pun, pasti takkan jumpa sepertinya.
“Kini, saya juga tahu ramai orang bertepuk tangan dan ada juga yang mengatakan saya berhak mendapatkan balasan sebegini.
“Apapun, saya sangat berterima kasih dengan Bella kerana sanggup bersama saya selama lima tahun ini.
“Saya juga minta maaf dari hujung rambut sampai kaki pada Bella dan keluarganya di atas segala kesilapan yang sudah dilakukan,” katanya.
Pun begitu, Aliff berkata dia tetap mendoakan agar ada jodoh lagi buat dia dan Bella .
“Jodoh ditentukan Allah dan saya harus terus berdoa semoga ada peluang kedua dalam perhubungan kami,” katanya lagi.
Menerusi temu bual itu Aliff memberitahu dia kini sedang berehat bersama keluarga di Singapura sebelum kembali meneruskan hidupnya seperti biasa.
Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata Mohamad Ayden Adrean, 2.
Namun selepas pelbagai episode kecurangan Aliff terbongkar, pasangan itu berpisah pada 16 Mei lalu.