Viral

Bella Astillah & Aliff Aziz Rujuk Julai 2019, Bakal Bersalin Julai 2020

gempak
Amri Hassan
28/04/2020
08:07 MYT
Sponsor Banner
Bella Astillah & Aliff Aziz Rujuk Julai 2019, Bakal Bersalin Julai 2020
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah memberikan bayangan seakan-akan bakal bersalin pada Julai 2020.
BACA: "Masa Dalam Iddah Lagi Tak Perlu Kahwin Semula" - Bella Astillah & Aliff Aziz Kembali Rujuk, Kini Hamil Anak Kedua
Namun, maklumat selanjutnya akan dikongsikan dari semasa ke semasa.
"Saya punya due-date insya-Allah Julai. Nantilah saya beritahu," katanya ketika sesi siaran langsung Instagram pada Isnin.
Tambah Bella, segala persoalan tentang rumah tangganya dan Aliff telah dirungkaikan menerusi ruangan Twitter miliknya sebelum ini.
Malah, penyanyi lagu Tenang itu mendedahkan dia dan Aliff telah kembali bersama selepas dua bulan bercerai.
"Memang dari awal lagi (Julai tahun lepas) Bella dan kedua belah keluarga setuju untuk tak berkongsi apa-apa berita tentang kami sebab ada banyak lagi berita yang lebih perlu orang tahu.
"Apa yang saya nak sampaikan, dont jump into conclusions yang korang sendiri tak tahu pucuk pangkalnya.
"Mudah untuk orang menilai tetapi hanya saya dan keluarga tahu niat saya sudah memadai. Perkara yang pernah berlaku biarlah berlalu, manusia tiada yang sempurna.
"Saya cuba sebaik mungkin simpan dari tahun lepas dan saya pilih untuk berdiam diri sampailah orang tahu saya sudah rujuk balik.
"Ketika itu saya pilih untuk tak berkongsi kerana keadaan masih huru-hara dan kami dalam tempoh yang 'fragile'," katanya.
Bella dan Aliff disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 16 Mei 2019.
Dalam sesi siaran langsung Instagram itu juga, Bella memberitahu Aliff masih berada di Singapura manakala dia kini di Kuala Lumpur bersama keluarganya.
Ditanya mengenai sikap Aliff selepas ini, jawab Bella dia percaya manusia tidak akan selama-lamanya menjadi jahat.
"Saya bukan sempurna, tak ali pun tapi saya tak mampu nak mempertahankan sesiapa. Saya sendiri reda dan tawakal, saya juga hargai dia sebagai suami dan bapa kepada anak saya Ayden.
"Saya tak boleh nak sahkan Aliff sekarang seperti malaikat sebab kita semua manusia biasa, kalau dia nak berubah kita aminkan.
"Cuma sekarang saya bersabar dan percaya manusia tak akan sampai bila-bila jadi jahat. Menuntut atau menerima kemaafan itu terpulang pada individu masing-masing.
"Saya terima apabila orag cakap saya bodoh dan nampak kononnya salah saya, tetapi saya nak yang terbaik untuk keluarga kecil saya," jelasnya.
Tambah Bella, pilihannya untuk rujuk semula bersama Aliff demi memastikan kebahagiaan anaknya, Ayden Adrean.
"Orang cakap ada ramai lelaki di luar sana, tapi kita tak boleh bandingkan hidup kita dengan orang lain. Saya percaya ada hikmah di sebalik semua ini demi yang terbaik untuk Ayden.
"Saya seronok apabila dia ada kedua-dua orang tuanya. Siapa yang nak berkahwin untuk bercerai.
"Semoga dengan perpisahan lepas boleh mematangkan dan menguatkan hubungan kami," tambah Bella lagi.
Kecoh baru-baru ini apabila Bella memaklumkan sudah kembali rujuk dengan Aliff ketika dalam tempoh iddah dan sedang berbadan dua.
Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 namun mahligai yang dibina berkecai kerana sikap Aliff sendiri yang kerap curang dengan wanita lain.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024