Hiburan
Bella Astillah Berangkat Tunai Umrah, Doa Urusan Dipermudahkan – “Saya Mohon Maaf Seikhlas Hati”
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah umrah.
Menerusi perkongsian di Instagram (IG) Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, berkongsi foto dia di lapangan terbang pada pagi Ahad.
Mohon Maaf Seikhlas Hati
Bella juga memohon maaf kepada semua yang mengenali dirinya serta meminta urusannya dipermudahkan.
“Bella akan berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah umrah InshaAllah.
“Saya mohon maaf seikhlas hati dari hujung rambut hingga ke hujung kaki kepada semua seandainya ada kesalahan baik disengaja mahupun tidak disengaja.
“Mohon doanya agar ibadah ini dapat terlaksana dengan baik dan diterima oleh Allah S.W.T.
“Semoga semua yang membaca ini juga beroleh rezeki untuk mengerjakan ibadah umrah kelak. InshaAllah,” tulis Bella.
Untuk info, Bella dan aktor sensasi, Aliff Aziz sah bercerai buat kali kedua pada 13 Jun lalu di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.
Bella dan Aliff juga pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh idah.
Kemelut rumah tangga Bella dan Aliff bermula apabila penyanyi asal Singapura itu ditangkap khalwat bersama aktres, Ruhainies oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium mewah, Pavillion Suites pada 9 Mac lalu.
Bella kemudiannya membuat keputusan untuk memfailkan cerai terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada empat hari kemudian.
ARTIKEL BERKAITAN: "Saya Menceraikan Isteri Saya Dengan Talak Satu" - Aliff Aziz, Bella Astillah Sah Bercerai
Must-Watch Video