gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Fara Salleh Harap Anak Tak Jadi Mangsa Ejekan Disebabkan Konflik Keluarga - “Dia Sempurna, Cantik…”
HIBURAN
Isu Busana Perkahwinan Didakwa Sama, Status Elfira Loy & Fiziwoo Raih Perhatian - “You Selebriti, I Orang Biasa-Biasa Je”
HIBURAN
“Kenapa Bawa Lelaki Masuk Rumah Saya?” – Aliff Syukri Mengamuk Rumah Jadi Sarang Maksiat & Dadah
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Bella Astillah Nafi Sindir Baju Sophia Albarakbah Persis Kg.com - “Saya Tak Nak Ulas Pasal Tu…”

Izwan Isa
Izwan Isa
26/07/2023
01:50 MYT
Sponsor Banner
Bella Astillah Nafi Sindir Baju Sophia Albarakbah Persis Kg.com - “Saya Tak Nak Ulas Pasal Tu…”
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah menafikan komen yang dikongsi pada Instagram Story miliknya baru-baru ini adalah sindiran terhadap busana yang digayakan oleh dramatis Sophia Albarakbah.
Ujar Bella, setiap apa yang diletakkan di Instagram Story, waima petikan kata-kata sedih sekalipun tidak semestinya ditujukan kepada sesiapa secara spesifik.
“Saya tak nak ulas pasal tu. Macam semua orang tahu, Instagram Story yang saya tulis tidak semestinya ditujukan kepada sesiapa, termasuk quotes.
“Sebab akan ada orang tanya saya ada masalah ke kalau saya post quotes berbaur sedih? Saya akan post sahaja quotes yang saya suka. Memang apa yang saya post tidak ada kena mengena dengan sesiapa,” katanya kepada Gempak.
Bella yang ditemui ketika Majlis Tayangan Drama-Drama Baharu Astro di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur semalam, mengulas mengenai andaian netizen yang mendakwa Bella mengkritik pakaian yang dipakai oleh Sophia sebagai Kg.com ketika dramatis itu hadir ke Anugerah Bintang Popular Ke-35 minggu lalu.
Selain itu, Bella juga dilihat memuat naik sticker (pelekat) ketawa pada Instagram Story miliknya.
Dalam pada itu, Bella mengakui yang dia tidak pernah rimas apabila ramai antara peminat yang ingin mengambil tahu tentang hubungan dia dan suami, Alif Aziz.
“Saya rasa orang faham dan mereka sangat bimbang (jika Bella berkongsi sesuatu di Instagram). Bila saya baca komen, ada yang siap doakan semoga hubungan rumah tangga kami dilindungi Allah SWT.
“Saya sebak. Walaupun simple, tapi itu doa yang orang titipkan untuk kami dan ia menunjukkan mereka semua mengambil berat tentang saya,” tutup Bella.
BACA: Dituduh Keluar Dengan Wanita Lain, Ini Respons Aliff Aziz - “Mungkin Orang Yang Berjalan Dengan Saya Itu Adalah…”
BACA: Ada Netizen Puji Bella Astilah Lawa Macam Barbie, Tapi Ada Juga Yang Tegur Saiz Baju Tak Kena Dengan Tuan Empunya Badan​
Topic Berkaitan
#Bella Astillah
#Sophia Albarakbah
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement