HIBURAN
Bella Astillah Tiba Di Mahkamah Ikuti Keputusan Kes Syed Saddiq
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah tiba di Mahkamah Rayuan, Putrajaya jam 7.50 pagi bagi mengikut keputusan rayuan yang difailkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Tersenyum manis Bella kelihatan anggun dengan mengenakan baju kurung bewarna biru muda dan ditemani dua pembantunya.
Beliau kemudiannya menuju kantin untuk bertemu dengan ibu bapa Syed Saddiq, yang terlebih dahulu tiba sekitar jam 7.38 pagi.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, iaitu Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin dijangka membuat keputusan jam 9 pagi ini.
Syed Saddiq merayu terhadap sabitan dan hukuman kerana bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta serta pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).
Sumber: Sinar Harian
Must-Watch Video