Laman Utama

“Bella Berkeyakinan Tinggi Untuk Bergaul…”- PM Lega Bella Sudah Pulih

gempak
Syafiqah Jalal
24/04/2022
04:36 MYT
Sponsor Banner
“Bella Berkeyakinan Tinggi Untuk Bergaul…”- PM Lega Bella Sudah Pulih
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob lega melihat perkembangan baik remaja Sindrom Down yang diknelai sebagai Bella ketika melawatnya di pusat jagaan di Seremban.
Kata Ismail Sabri Bella dilihat sudah pulih dan mempunyai keyakinan tinggi untuk bergaul dengan rakan-rakan.
“Hari ini saya bertemu Bella, Bella sudah pulih seperti sedia kala... berkeyakinan tinggi untuk bergaul dengan rakan-rakan.
“Terima kasih kepada kakitangan pusat jagaan di Seremban ini. Kes seperti Bella merupakan antara banyak kes yang mungkin berlaku tetapi tidak dilaporkan.
“Bukan sahaja isu penderaan tetapi juga isu anak yatim yang dihantar ke rumah anak yatim tidak mempunyai dokumen seperti sijil kelahiran dan lain-lain. Banyak pusat-pusat jagaan yang tidak didaftarkan dan menyukarkan pemantauan,” katanya dalam hantaran di Instagram semalam.
Dalam hantaran sama, Ismail Sabri turut berkongsi video beliau bersama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun melawat Bella.
Sementara itu, dalam perkembangan sama, beliau turut memaklumkan kerajaan mempertimbang untuk melakukan penstrukturan semula Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menambah baik agensi itu.
“Kerajaan akan melihat secara menyeluruh seperti pendaftaran pusat jagaan, mempermudahkan pendaftaran dan pindaan akta lapuk mengeluarkan sijil kelahiran malah termasuk penstrukturan semula JKM,” katanya.
Dalam pada itu menurutnya kerajaan memutuskan untuk membentuk Jawatankuasa Kabinet Melindungi Kumpulan Rentan seperti kanak-kanak, orang kurang upaya (OKU), warga emas dan wanita bagi memastikan golongan berkenaan terus dilindungi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live