Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, memberitahu buat masa ini belum ada calon untuk menggantikan tempat Ahmad Idham sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).
Tambah beliau, perkara tersebut mungkin akan dibincangkan pada minggu hadapan.
“Belum ada calon untuk menggantikan tempat Ahmad Idham. Mungkin kami akan berbincang tentang hal itu minggu depan. Tengok dulu macam mana," katanya.
Dalam pada itu beliau tidak berasakan pengunduran lebih awal Ahmad Idham Ahmad Nadzri daripada jawatan CEO Finas, ada kena mengena dengan komennya berkenaan sekatan kandungan Netflix.
"Tidak, saya tidak rasa ada kena mengena.
"Apa yang boleh saya katakan ialah permohonan beliau untuk menamatkan kontrak lebih awal sebagai Ketua Pegawai Eksekutif telah diserahkan, dan Lembaga Pengarah Finas telah meluluskannya," kata Gobind.
Ahmad Idham yang dilantik sebagai CEO Finas pada Mac lalu, menjadi perbualan apabila mencadangkan agar kandungan penstriman melalui platform digital seperti Netflix dipantau.
Selasa lalu, Finas mengumumkan Ahmad Idham akan melepaskan kerusi CEO bermula 10 Mac depan, atas alasan peribadi.
Sumber: Astro Awani
Fiza Kamarudin
Wed Dec 11 2019
Osman Ali Kecewa Hero Popular Tarik Diri Tiga Hari Sebelum Shooting - "Terpaksa Cari Pengganti"
Pengarah terkenal Osman Ali meluahkan rasa kecewanya apabila seorang pelakon popular yang sepatutnya menjadi hero kepada naskhah terbaharunya menarik diri saat akhir
“Saya Belum Layak Diberikan Gelaran Biduanita Negara” - Ziana Zain
Ziana kata dirinya masih belum layak.
Ippo Hafiz Perjelas Dakwaan Lari Anak Kedua - “Saya Beritahu Isteri Buat Masa Ini Biar Saya Jaga”
Ippo Hafiz beri penjelasan
Izara Aishah Pilih Tawaran Berlakon, Hanya Filem & Drama Bersesuaian - “Jalan Cerita Sekarang, Saya Tak Minat”
Izara tak minat jalan cerita drama sekarang.
Alyssa Lee Dedah Sikap Amalina Arham Ketika Pertama Kali Jumpa Di Set Drama ‘Khun:Sa’ - “Awak Bukan Hidung Tinggi Tapi…”
Alyssa & Amalina kongsi pengalaman bertemu di set.
Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Bawa Watak Protagonis, Sofia Jane Terima Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Pelakon, Datin Sofia Jane berjaya meraih anugerah pelakon wanita terbaik menerusi lakonan hebatnya yang membawa watak protagonis (Maryam) di filem Maryam Pagi ke Malam pada Festival Filem Asia ke-21 di Rom, Itali.
Ini Sebab Kenapa Kedudukan Hos Tandas Ini Menerima Pujian Daripada Netizen
Netizen memuji kedudukan hos pada tandas awam ini
Mungkin Saya Bukanlah Orang Yang Baik, Tetapi Paling Tidak Saya 'Tidak Munafik' - Bella Astillah
Pelakon, Bella Astillah mengaku bahawa dirinya bukanlah orang yang baik.
Tok Ram fitness padu macam orang muda | Projek Bapak Bapak S3
Saksikan Travel Lawak Bapak Bapak S3 bermula 18 April 2024, setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu