,
Laman Utama

“Belum Ada Pasangan Tapi Tuhan Beri Rezeki Dalam Bentuk Lain” - Sufian Suhaimi

Mya Amri
01/05/2022
09:30 MYT
Penyanyi Sufian Suhaimi mengakui mempunyai keinginan untuk mendirikan rumah tangga selepas melihat beberapa rakan rapatnya dalam industri sudah berpasangan.
Bagaimanapun kata Sufian, dia menyerahkan semuanya kepada takdir dan ketentuan Allah SWT yang memberikan rezeki buat dirinya dalam pelbagai bentuk.
“Kalau ditanya mengenai pasangan semestinya saya terasa lebih-lebih lagi melihat rakan-rakan rapat seperti Haqiem Rusli, Tajul, Ariff Bahran semuanya sudah berkahwin.
“Mungkin ramai yang tidak tahu, saya sebenarnya pernah menjalinkan hubungan cinta selama tiga tahun dan kemudian putus. Cuma kami tidak menghebahkan perkara itu.
“Pada saya, Tuhan itu maha adil yang mana masing-masing ada rezeki tersendiri. Ada yang dapat rezeki berpasangan awal, cuma mungkin saya belum diberikan rezeki ke arah itu.
“Alhamdulillah, rezeki datang dalam pelbagai bentuk termasuklah kesihatan, keluarga yang baik, perniagaan dan saya sungguh gembira dengan apa yang saya ada ketika ini,” katanya kepada Gempak.
Sufian ditemui di majlis berbuka puasa anjuran syarikat pengurusan MVM dan Rusa Music yang bertempat ibu pejabat label berkenaan di Puchong, baru-baru ini.
Jelas Sufian, ibu bapanya juga sering bertanyakan mengenai hal itu namun tidak memberikan tekanan kepadanya.
“Keluarga pun ada bertanya, tapi lama kelamaan mereka penat, mereka kata sesiapa yang saya suka beritahu saja.
“Mereka menyerahkan semuanya kepada saya untuk membuat keputusan. Namun tidaklah sehingga memberikan tekanan kepada saya,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Sufian muncul dengan drama berjudul 30 Hari Menjelang Raya arahan Suhaimi Lua di slot Diandra saluran TV9.
Selain Sufian, drama itu turut dibintangi oleh Kazar Saisi, Liza Abdullah, Fahrin Ahmad, Aida Aris, Mark Adam, Shakilla Koriri dan ramai lagi.
Foto: Azrul Rafie
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Hafiz Hamidun Akui Tidak Fobia Untuk Berkahwin Sekali Lagi - “Kalau Ada Rezeki…”

gempak
01/10/2024
00:55 MYT
Komposer dan penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun menegaskan bahawa kegagalan dari hasil perkahwinannya yang lepas bukanlah salah satu faktor ketakutannya untuk berkahwin sekali lagi.
Hiburan

“Bila Tuhan Beri Rezeki, Jangan Tolak” - Alif Satar

gempak
30/09/2024
12:55 MYT
Pelakon dan penyanyi, Alif Satar tidak pernah menganggap kerja yang dilakukan setiap hari menjadi perhatian peminat.
Hiburan

Mahu Cuba Benda Baru, Kugiran Masdo Akan Rebut Setiap Peluang Yang Datang - “Kami Gemar…"

gempak
29/09/2024
08:55 MYT
Pemain gitar kumpulan Kugiran Masdo, Asmawi memberitahu dia gemar untuk mencuba sesuatu yang baru dalam dunia industri ini.
the-chosen-one-musim-2

The Chosen One 2024: Azry Sabri Rampas Kedudukan Pertama Di Minggu Kedua, Farah Aina Pula Umum Tarik Diri

gempak
27/09/2024
14:58 MYT
The Chosen One 2024 pada minggu yang kedua menyaksikan kesemua peserta masih layak untuk berentap di minggu yang seterusnya.
Hiburan

“Kami Tak Pressure, Hanya Go With The Flow..” - Syamim Freida Mohon Doa Rezeki Anak

gempak
25/09/2024
11:55 MYT
Sudah memasuki lapan tahun usia perkahwinan, pelakon dan pengacara Toh Puan Syamim Freida menganggap masih belum ada rezeki buatnya dan suami untuk menimang cahaya mata.
BorakSeeni