Pasangan suami isteri dari Jawa Timur meluahkan rasa bimbang kerana anak mereka yang berusia tiga tahun masih belum mempunyai sijil kelahiran.

Perkara itu disebabkan kerana nama anaknya terlalu panjang dan tidak muat untuk diisi dalam dokumen rasmi.

Nama pilihan yang diberikan oleh pasangan suami isteri, Arif Akbar dan Suci Nur Aiysiah kepada anak mereka adalah Rangga Madhipa Sutra Jiwa Cordosega Akre Askhala Mughal Ilkhanat Akbar Sahara Pi-Thariq Ziyad Syaifudin Quthuz Khoshala Sura Talenta.

Menurut pasangan ini, nama anak lelaki mereka itu mempunyai hubung kait dengan sejarah tamadun Islam.

Lebih menarik nama anaknya yang mempunyai 19 perkataan dan 115 huruf itu adalah hasil perbincangan bersama pakciknya Mujoko Zahid iaitu seorang budayawan.

Disebabkan hal ketiadaan sijil kelahiran itu, Arif Akbar dan isterinya menulis surat terbuka kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo.

Bagaimanapun menurut laporan Kompas, pasangan suami isteri itu menolak syor pihak berkuasa untuk memendekkan atau menukar nama anak mereka.

Jelas pihak berkuasa, keputusan menolak permohonan dokumentasi pasangan itu adalah berdasarkan had jumlah abjad pada dokumen rasmi yang sekitar separuh daripada nama anaknya.

"Kami tegaskan bukan meminta ganti nama, tetapi dalam penulisan nama KK (surat kelahiran), KTP (kad pengenalan), akta harus disesuaikan maksimum 55 karakter huruf termasuk jarak," jelas

Arif dan isterinya bagaimanapun masih ada masa dua tahun lagi sebelum anak mereka itu memerlukan dokumen rasmi bagi pendaftaran sekolah.

Sumber: Kompas, Detik.com