Skip to main content

Hiburan

Talk To My Manager 2: Reaksi AC Mizal Pengaruh Safura Untuk ‘Mute Mic’ - “Sebenarnya Saya Nak Guna…”

Astrogempak KIM

Sekilas

  • Safura memilih untuk membisukan mikrofon juri tetap, AC Mizal, kerana merasakan AC tidak suka dengan persembahan anaknya, Kim Khairii, pada minggu keempat TTMM2.
  • Safura menegaskan dia tidak culas menjalankan tugas sebagai pengurus dan hadir setiap hari sepanjang pertandingan berlangsung.
  • Persembahan Kim yang menyanyikan lagu Risk It All mendapat markah 71.33%, meletakkan mereka di tangga tiga terbawah bersama beberapa peserta lain.

Bintang Talk To My Manager 2 (TTMM2), Safura mengakui memilih untuk membisukan mikrofon (mute mic) juri tetap, AC Mizal kerana merasakan dia tidak suka dengan persembahan anaknya, Kim Khairii pada minggu keempat.

Menurut Safura, dia sebenarnya sudah lama menyimpan hasrat untuk menggunakan kelebihan yang dimiliki dalam pertandingan itu, namun memilih untuk tidak berbuat demikian.

“Sebenarnya saya nak guna dua tiga minggu lepas tapi saya rasa tak perlu. Tapi hari ini saya nampak dari reaksi Datuk AC.

“Dia tak suka cara anak saya bawa lagu tu. Tadi saya rasa yang Kim tak ada silapnya di mana, awak semua dengar macam mana? Sedap? Cuma lagu itu bukan lagu sing-along. Kalau lagu sing-along awak letaklah siapa pun orang akan nyanyi ramai-ramai.

“Bila lagu tu sing-along awak akan rasa lagu tu terbaik,” katanya kepada Gempak.

Safura turut menegaskan dirinya tidak pernah culas menjalankan tanggungjawab sebagai pengurus sepanjang program berlangsung.

“Kalau nak kata saya tak perform sebagai manager, kedatangan saya ada. Hari-hari tak pernah miss.

“Sebab saya punya kedatangan kerja saya buat, jadi saya tak tahulah kenapa kami duduk di bawah,” ujarnya.

Dalam pada itu, Safura mengakui dia amat terkilan apabila persembahan Kim pada minggu keempat meletakkan mereka di tangga tiga terbawah.

Menurut Safura, Kim telah memberikan persembahan vokal yang sangat baik meskipun tidak berjaya menambat hati juri.

“Saya sangat terkilan sebab Kim perform sangat baik. Cuma kalau tak sampai ke hati juri, saya tak tahulah. Orang lain dengar okay.

“Kecuali kalau dia buat mistake on stage, lupa lirik, lari tempo itu saya boleh terima. Atau kalau saya buat mistake banyak, tak datang ke, tak buat kerja ke, tak buat homework ke.

“Cuma minggu ini kami beri sesuatu yang simple. Sebab minggu lepas kita dah angkut macam-macam, jadi hari ini kita nak relaks dan fokus kepada vokal dia sahaja,” katanya lagi.

Safura dan Kim berada di tangga tiga terbawah bersama Ani Mayuni dan Viviana, serta Datuk Fazley dan Fariedz Fazley.

Menyampaikan lagu Risk It All nyanyian asal Bruno Mars, Kim hanya berjaya memperoleh markah keseluruhan sebanyak 71.33 peratus daripada barisan juri.

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Advertisement