Belum reda satu kontroversi, satu lagi kecaman diterima oleh adik kepada selebriti popular, Ameera Khan.

Jika awal minggu ini, tindakannya merakam babak filem di dalam pawagam menerima kecaman ramai, kali ini Ameera atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan (LMK) sekali lagi menjadi sasaran wargamaya apabila menjual kek batik yang didakwa keras kejung.

Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna berkongsi sebuah video yang diambil daripada InstaStory Ameera mengenai kek batik LMK yang dijualnya.

Video berdurasi lima saat itu menunjukkan seorang individu sedang memotong kek tersebut yang dikatakan mengunakan sos coklat Belgian dan tidak disaluti mentega dan milo.

Wargamaya tersebut kelihatan berang dan mempersoalkan tekstur kek batik yang dilihat sangat kering dan tidak lembab, tidak seperti kek batik lain yang dijual di pasaran.

“Kek batik jenis apa kering keras kejung macam tu?

“Sumpah keras kejung dan berkecai, berderai bila pindahkan atas pinggan,” ulas wargamaya tersebut.

Meninjau ke laman Twitter, rata-rata wargamaya bersetuju dengan pendapat tersebut dan menemplak kek batik LMK yang dijual Ameera pada harga RM38 sebekas.

Tidak kurang juga ramai yang turut mempromosikan kek batik hasil buatan dan jualan masing-masing.

“Bila orang kaya sibuk nak jual kek batik. Lepas itu jual harga kayangan. Yang sesetengah marhaen bebal pi beli,” komen seorang wargamaya.

Kek batik T20 is another level yall. buh biskut dengan caramel belgian choc je pun dh berapa ratus kos bahan tu, well that ok laa kering pun," ujar seorang wargamaya.

No milo. No eggs. No sugar. No condensed milk. Cuma letak katanya pure caramel belgian chocolate. Patutlah kek batik kau nampak kering macam pasir gurun sahara. Plus, kek batik apooo kalau semua benda tak letak? Baik cicah je biskut meri tu dengan ayaq milo,” komen seorang wargamaya.

Those are the ingredients of kek batik but when you take them out, it’s not kek batik lol baik cakap biskut meri bersalut pure belgium coklat. Easy. Don’t disguise it as kek batik,” luah seorang wargamaya.

“Sebagai peminat dan pembuat kek batik, aku sedih tengok kek batik LMK jual tu,” tulis seorang wargamaya.

“WEYH KEK BATIK LMK TU INGATKAN DIA BAGI MEMBER DIA SAJE SAJE JE RUPANYA DIA JUAL LAH,” komen seorang wargamaya lagi.

Terdahulu, Ameera, 21, dikecam hebat setelah bertindak merakam dan memuat naik beberapa sedutan babak filem House Of Gucci yang belum lagi ditayangkan secara rasmi di pawagam Malaysia dalam InstaStorynya.

Tindakannya itu didedahkan seorang pengguna Twitter yang kemdudiannya membuat aduan secara terbuka menerusi satu ciapan kepada syarikat panggung wayang tempatan, Golden Screen Cinema (GSC).

GSC kemudian memaklumkan bakal mengambil tindakan terhadap Ameera kerana merakam tanpa kebenaran.

BACA: Rakam Babak House Of Gucci Dalam Panggung Wayang, Ameera Khan Dikecam Netizen