Berita

"Belum Tahu Jantina Lagi Sebab..." - Ameer Sofazr Dedah Isteri Hamil 6 Bulan, Tiada Alami Alahan

gempak
ZULHILMI JALIL
05/08/2020
02:48 MYT
Sponsor Banner
"Belum Tahu Jantina Lagi Sebab..." - Ameer Sofazr Dedah Isteri Hamil 6 Bulan, Tiada Alami Alahan
Penyanyi Ameer Sofazr memaklumkan bahawa usia kandungan isterinya kini sudah memasuki enam bulan.
Begitupun, menurut Ameer, 37, sehingga kini, dia masih belum lagi mengetahui jantina bayi sulung dalam kandungan isterinya, Saidatul Nazriah Abdul Latif.
"Alhamdulillah, sudah enam bulan. Insya-Allah jika dengan izin-Nya, isteri bersalin pada hujung bulan Oktober atau awal bulan November.
"Cuma, jantina bayi yang tak tahu lagi sebab hari itu ketika buat pemeriksaan imbasan, bayi malu-malu nak tunjuk," katanya kepada Astro Gempak.
Katanya lagi, keadaan kesihatan isterinya juga berada dalam keadaan baik sejak di awal kehamilan.
"Setakat ini, Alhamdulillah, tuhan permudahkan urusan isteri tengah mengandung. Tak ada alahan atau mabuk-mabuk setakat ini," katanya.
Kongsi bintang Gegar Vaganza musim keenam itu, dia juga sudah mula melakukan persiapan membeli kelengkapan bagi menyambut kehadiran cahaya matanya itu.
"Ada lah beli sikit-sikit. Beli apa yang perlu dulu sahaja. Tapi, baju bayi yang susah sedikit. Tak tahu nak beli baju bayi lelaki ke perempuan," kongsinya.
Terdahulu, Ameer berkongsi berita gembira apabila bakal menimang cahaya mata sulung selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.
BACA: "Penantian Selama 5 Tahun" - Ameer Sofazr Bakal Jadi Bapa, Isteri Sah Hamil
Ameer berkahwin dengan Saidatul Nazriah pada Januari 2015.
Saksikan program yang menampilkan Ameer Sofazr di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024