DRAMA
Belum Tayang Sudah Viral, Meerqeen Yakin Drama Thariq Ridzuwan: His Treasure Boleh Pergi Jauh - “Saya Ada Naluri Cerita Ini…”
Pelakon popular Meerqeen menyifatkan Thariq Ridzuwan: His Treasure sebagai sebuah projek istimewa yang bakal memberikan impak besar kepada penonton.
Drama yang bakal menghiasi slot Dramavaganza di Astro Ria mulai 23 Julai ini belum pun ditayangkan, tapi sudah mencuri perhatian ramai.
“Baru pertama meeting untuk drama ini sudah viral, apa yang saya boleh cakap cuma tunggu dan lihat. Ini adalah satu santapan untuk anda semua. Insyallah dengan izin Allah, kalau kami semua buat yang terbaik, cerita ini boleh pergi jauh. Saya ada naluri itu,” kata Meerqeen ketika ditemui Gempak.
Tambah Meerqeen, reaksi awal penonton yang begitu teruja dengan drama ini bukanlah satu tekanan, sebaliknya menjadi pembakar semangat untuknya memberikan yang terbaik di set penggambaran.
“Saya tak rasa tertekan pun untuk watak ini kerana apabila orang sudah hype kan drama ini walaupun belum mula, saya jadi semangat untuk berlakon.
“Saya bangga la kerana belum mula orang dah hype kan drama ini, itu menjadi pembakar semangat saya.”
Drama Thariq Ridzuwan: His Treasure turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Qasrina Karim, Averitts Gomez, Noki K-Clique, Mia Sara Shauki dan ramai lagi.
Must-Watch Video