HIBURAN
Ben Amir Luah Hasrat Mahu Berlakon Di Filipina, Belajar Tagalog - “Sedang Biasakan Diri Cakap Seperti Perbualan Harian, Sembang-Sembang Dengan Makcik”
Pelakon, Ben Amir menyimpan hasrat untuk memperkembangkan kerjaya lakonannya di Filipina selepas empat bulan berhijrah di negara itu.
Intai peluang di Filipina
Menurut Ben atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin, 35, dia sudah bertemu dengan pihak pengurusan bakat di Filipina selain sedang berusaha mempelajari bahasa tagalog."Saya memang dalam perancangan ingin berlakon di Filipina. Baru-baru ini saya ada hubungi pengurusan bakat di sana.
"TVC tak ada dialog sangat, insya-Allah perlahan-lahan sebab sekarang saya tak fokus untuk kerjaya lakonan di sana lagi kerana nak tunggu saya fasih berbahasa tagalog dulu," katanya.“Mereka sudah tengok profile saya dan berminat tetapi sudah tentu kalau kita pergi tempat orang, kena cakap bahasa merekalah (tagalog). "Saya masih lagi belajar berbahasa tagalog tetapi pihak pengurusan itu beritahu mungkin saya boleh mulakan dengan buat iklan komersial terlebih dahulu (TVC).
Ben berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Malam Gala Filem Legasi: Bomba The Movie yang diadakan di GSC IOI Mall Putrajaya pada Isnin.
Belajar bahasa Tagalog
Mengulas mengenai bahasa tagalong, Ben berkata dia tidak mendaftar untuk menyertai kelas sebaliknya hanya belajar berbual dengan warga tempatan."Sebenarnya ada bahasa kita (Melayu) dan bahasa tagalog yang lebih kurang sama. Intonasi pun lebih kurang, ejaan sama.
"Mereka memang peramah dan suka membantu. Itu antara sifat-sifat orang tempatan di sana yang saya kagumi," ujarnya.“Tapi saya sedang biasakan diri untuk bercakap seperti perbualan harian dan bukannya seperti belajar daripada buku. "Saya belajar bahasa tagalog dengan orang tempatan di sana saja, tidak masuk sebarang kelas. Sembang-sembang dengan makcik, mereka pun suka melihat orang luar sanggup belajar bahasa Filipina.
Pada April lalu, Ben memaklumkan dia mengambil keputusan untuk berhijrah ke Pulau Siargao, Filipina kerana tidak mahu mengulangi rutin sama setiap hari ketika menetap di Kuala Lumpur.
Must-Watch Video