Penyanyi rap, Ben Ladin mengakui bahawa dia merancang untuk menghasilkan lagu nukilannya tersendiri pada masa akan datang.

Justeru, Ben, 19, berkata, dia kini sedang belajar cara penulisan lirik sebelum diketengahkan kepada umum dalam naskhahnya yang akan datang.

"Memang menjadi seorang rapper memang kena tulis lagu sendiri. Cuma mengenai penulisan lirik itu saya masih belajar.

"Jadi, lirik yang saya tulis itu orang kata masih belum boleh dikomersialkan lagi untuk khalayak. Lagu ketiga atau keempat mungkin dah adalah lirik lagu daripada saya sendiri," katanya kepada Gempak TV.

Sebelum ini, Ben yang pernah popular dengan single Hikayat Ben Ladin tampil dengan single Rampung yang juga merupakan nukilan komposer terkenal, Malique.

Bagaimanapun, bagi mengetahui mengapa Ben masih bergantung dengan khidmat Malique dalam lagu-lagu nyanyiannya, semua itu akan terjawab dalam Gempak TV yang akan disiarkan di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pukul 11 malam ini.

Pada malam ini, juga penonton menyaksikan persembahan akustik Ben bersama band, Le'Lagoo.

Bukan itu sahaja, menariknya, pada malam ini, penonton berpeluang menyaksikan gelagat pelakon Rozita Che Wan dalam segmen Lawak Koyak.

Justeru, bagi mengetahui lebih lanjut cerita mereka, jangan lupa saksikan Gempak TV yang dikendalikan pengacara, Isha Norsham dan Daniel O’Niel.

Gempak TV juga boleh ditonton secara live streaming menerusi www.gempak.com.