Penerbit dan pengarah, Shahrulezad Mohameddin mengakui sudah naik muak menghasilkan drama yang mengangkat kisah bertemakan kecurangan.

Begitupun, menurut pengarah drama Nur itu, isu tersebutlah yang terpaksa diterbitkannya kerana sering mendapat permintaan tinggi dalam kalangan penonton.

"Dari zaman Madu 3 P. Ramlee, sampailah zaman sekarang, isu kecurangan dalam rumah tangga tetap menjadi pilihan penonton.

"Naik muak abam, tapi benda yang muak inilah yang penonton kita suka tengok. Keji, kecam, menyampah. Balik-balik-cerita yang sama. Bosan..kalau korang bosan, aku lagi tok nenek segala bosan tau. Dah 25 tahun kot menulis, rata-rata tema yang sama," katanya menerusi satu entri di Instagram.

J. U. W. E. T. A Satu lagi drama bertemakan kecurangan. Biasa la drama Melayu kan. Tak habis habis dgn issue kecurangan. Dari zaman Madu 3 P Ramlee sampai la zaman sekarang issue kecurangan dalam rumah tangga tetap menjadi pilihan penonton. Naik muak abam. Tapi benda yg muak ni lah yg penonton kita suka tengok. Keji. Kecam. Menyampah. Balik balik cerita yg sama. Bosaaann... Kalau korang bosan aku lagi lagi tok nenek segala bosan tau. Dah 25 tahun kot menulis rata rata tema yg sama. But... Benda yg sama tu jugak lah still orang tengok. Haishhh. Buat jer la. Saper nak tengok. Tengok. Saper yg tak nak tengok gi tukar channel tgk Barney & Friend sana tu. Hehehe. Wa doing business maaa... Wa buat apa yg client/stesyen/penonton mahu bukan apa yg wa mahu. Kalau wa nak syok sendiri wa akan buat kat platform lain. Tungguuuu...tunggu tau. Kalau korang tak tengok jugak memang korang sejenis hmpphhh %/!? *@!!! Khaktuihh... Pirahh... Sembang kosong jer la korang. Cheh! *ko hengat makcik yg jual nasik lemak sedap nak mampos kat hujung simpang umah ko tu tak jemu ker dengan nasik lemak dia sendiri. Dia lebih dari jemu dah cuma dah itu pelanggan dia dok tanya hari hari. Nak buat macam mana. Jual jer la apa yg customer nak. Kang kalau dia jual lasagna atau chicken chop pepagi buta tak der pulak melayu melayu urban hipster tu semua singgah nak beli. Tetaaappp jugak derang tanya... 'kak. Nasik lemak tetek tak jual ker hari ni?

A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat) on


Pada masa sama, Shahrulezad memberitahu, dia juga terpaka mengikut permintaan daripada pihak stesen televisyen yang mahukan karya sedemikian.

"Benda yang sama itu jugalah masih orang tengok. Buat jelah. Siapa nak tengok, tengok.

"Kami berbisnes. Saya buat apa yang klien, stesen atau penonton mahu, bukan apa yang saya mahu. Kalau saya nak syok sendiri saya akan buat di platform lain," ujarnya.

Bahkan, katanya, sebagai penerbit, nasib dirinya juga diibaratkan sama seperti penjual nasi lemak yang terpaksa menjual makanan yang sama setiap hari mengikut permintaan pelanggan.

"Kau ingat makcik yang jual nasi lemak sedap nak mampus di hujung simpang rumah kau tu tak jemu ke dengan nasi lemak dia sendiri.

"Dia lebih daripada jemu dah cuma dah itu pelanggan dia dok tanya hari-hari. Nak buat macam mana. Jual sahajalah apa yang pelanggan nak," katanya.