Sukan
Bendera Terbalik Di Baju Lee Zii Jia Jadi Perhatian, Ramai Back Up - “Siapa Jahit Ni, Takkan Tak Ada Tukang Cek?”
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia menjadi perhatian netizen apabila memakai baju yang memaparkan bendera Malaysia secara terbalik pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir BWF 2024, hari ini.
Bendera terbalik jelas kelihatan
Dapat dilihat dengan jelas di kaca televisyen ketika perlawanan menentang pemain Taiwan iaitu Chou Tien Chen, Jalur Gemilang yang ditampal di bahagian kiri baju Zii Jia ditampal dalam keadaan terbalik.
Perkara itu juga turut dipersoalkan netizen di media sosial yang mengatakan tentang tahap ketelitian pihak yang memeriksa pakaian dipakai pemain badminton negara lebih-lebih lagi dalam perlawanan rasmi.
Antara komen yang diterima:
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu, Zii Jia berjaya menewaskan Tien Chen straight set 21-13, 21-15 dalam aksi sulung Kumpulan A, hari ini.