Perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, memanjat dua mata tangga untuk berada di kedudukan keempat berbanding keenam dunia sebelum ini.
Perkembangan positif tersebut dikongsi menerusi kemas kini ranking oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Selasa.
Biarpun tersingkir pada pusingan awal Terbuka Jepun minggu lalu, namun pemain berusia 26 tahun itu mencatat peningkatan hasil rentak positif termasuk merangkul pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 di Paris awal bulan ini.
Zii Jia mengumpul 83716 mata untuk memintas dua lagi pemain iaitu pemenang pingat perak Sukan Olimpik Paris dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn dan Anders Antonsen dari Denmark.
Sumber: Stadium Astro menerusi Sinar Harian