Seorang influencer muda dari Indonesia, Meli Joker mengejutkan pengikutnya apabila melakukan aksi bunuh diri sewaktu bersiaran langsung di akaun Instagramnya beberapa hari lalu.

Pemilik nama sebenar Fitri Meliana itu membunuh diri telah mengantung diri dengan menggunakan tuala.

BERITA TRENDING: Dibuli Lepas Kekasih Mati, Penyanyi Nathan Ngai Buat Cubaan Bun*h Diri

Tindakan di luar kewarasan tersebut ternyata bukan hanya mengejutkan tetapi menerima banyak kritikan oleh pelbagai pihak dan dalam kalangan pengguna media sosial.

Apa lagi, punca Meli membunuh diri kerana bergaduh dengan kekasihnya selepas lelaki tersebut menolak untuk membuat konten bersama.

“Dia (Meli) datang ke rumah kekasihnya dan mengajak membuat konten. Kekasihnya tidak mahu, mereka bergaduh dan dia mengambil keputusan pulang ke rumah.

“Di rumah, keluarga sempat melihat dia marah-marah sebelum masuk ke bilik. Dan dia melakukan itu (gantung diri) di dalam bilik tanpa disedari keluarga.

“Ada pengguna media sosial mendakwa dia membunuh diri sewaktu membuat siaran langsung tetapi sewaktu pihak polis tiba, telefonnya sudah mati,” ujar wakil pihak berkuasa seperti dilaporkan Viva.co.id.