,
gaya hidup

Beras Ditabur Depan Kedai, Rita Kesal Ada Yang Dengki Sampaikan Orang Tak Jumpa Kedainya. “Bersainglah Secara Sihat...”

Afiza Kamarulzaman
28/04/2021
15:49 MYT
Adat orang berniaga begitulah. Di sebalik kejayaan dan keuntungan yang diraih, pasti ada mata yang memerhati dengan hati yang penuh iri dan dengki. Tidak semua yang manis di depan baik di belakang. Dan kita juga tidak tahu dalam kita sibuk memburu impian, ada yang tunggu masa menabur umpan.
Memang banyak kisah sihir dan pengkhianatan yang berlaku dalam kalangan masyakarat kita. Ya, kita sudah di tahun 2021, tapi jangan terkejut kalau masih ada segelintir umat manusia yang masih bermain dengan bomoh dan kepercayaan karut itu demi melunaskan dendam dan hasutan iblis.
Tidak terkecuali, usahawan kosmetik, Erni Dekritawati Yuliana atau mesra dipanggil Rita ini berkongsi bagaimana kedainya ditabur beras dan macam-mavam perkakas yang selalu digunakan orang untuk menyihir. Posting yang dimuatnaik semalam itu melihatkan beras ditabur di depan kedainya pada bulan Ramadan yang mulia.
Ketika InTrend menghubungi Rita, ternyata beliau sangat kesal dan terkejut kerana tidak menyangka pada hari baik, bulan baik ini pun masih ada manusia yang berhati hitam hingga sanggup melakukan perbuatan syirik itu.
“Mulanya, I memang tak perasaan sebab keadaan gelap dan samar waktu itu. apabila tengok betul-betul, memang saya terkejut sebab dalam akal yang waras saya memikirkan mana mungkin umat Islam tergamak melakukannya pada bulan Ramadan ini.
Kita bercakap pada tahun 2021! Tapi masih ada manusia yang melakukannya. Apa pun, I percaya rezeki itu daripada Allah. Cuma, pesan I kepada individu yang melakukannya, bersainglah secara sihat. Jangan ambil jalan shortcut dengan menganiaya orang lain. Tiada kejayaan datang sekelip mata,” luahnya dengan nada kesal.
Menerusi komen-komen di posting tersebut, ada sesetengah pelanggan yang mengadu patutlah tidak jumpa kedai Rita walaupun berkali-kali pusing di jalan yang sama. Ada yang menelefon Rita bertanyakan adakah kedainya sudah tutup? Walau hakikatnya, kedai Rita masih teguh berada di situ.
Apa pun, doa kami semoga Allah memelihara Rita dan keluarga daripada sebarang pengkhianatan dan perbuatan jahat manusia di luar sana.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Harris Anuar Kongsi Keadaan Kak Ton, Pernah Alami Muntah Buih & Sakit Tulang Belakang Akibat Disihir - “Saya Pernah Nampak Pocong…”

gempak
12/09/2024
06:55 MYT
Pempengaruh media sosial, Harris Anuar memaklumkan ibunya yang juga usahawan kosmetik iaitu Zaiton Hassan atau Kak Ton masih dalam menjalani rawatan perubatan Islam selepas didakwa disihir sejak 2016.
Hiburan

“Hitam Sangat Hati Tu, Jealous Ke Wak” - Dikatakan Macam Mak & Anak Bila Berlakon Dengan Zack X Factor, Abby Abadi Tegur Sikap Netizen

gempak
03/09/2024
00:55 MYT
Penyanyi dan pelakon, Abby Abadi menegur sikap netizen yang sering mencari keburukkan orang lain dengan tujuan untuk memberikan komen negatif.
Hiburan

"Ikut Hukum Akal, Saya Dah Lama Arwah" - Berkali-Kali Disihir, Aishah Bersyukur Masih Hidup

gempak
02/09/2024
08:32 MYT
Penyanyi Datuk Aishah menzahirkan rasa syukur apabila masih dipanjangkan usia walaupun mendakwa dirinya berkali-kali pernah menjadi mangsa sihir.
Hiburan

“Dirasuk, Mendengus Seperti Harimau, Jilat Kaki…” - Shuib Dedah Arwah Siti Sarah Pernah Disihir, Rasa Dibenci Ketika Buat Persembahan

gempak
29/07/2024
00:49 MYT
Pelawak Shuib mendedahkan dia pernah berdepan dengan detik cemas apabila Allahyarham isterinya yang juga penyanyi Siti Sarah dirasuk mahkluk halus.
Hiburan

Datuk Aishah Pernah Terkena Sihir - “Apa Sahaja Yang Saya Tak Pernah Rasa, Santau, Busung, Turun Darah Berbulan-Bulan”

gempak
18/07/2024
07:02 MYT
Penyanyi Datuk Aishah mengakui pernah berhadapan dengan gangguan mistik sepanjang kariernya selama lebih empat dekad dalam arena seni.