HIBURAN
Beraya Solo Tanpa Shuk Sahar & Beri Bayangan Bakal Jadi 'Single Mother', Fara Salleh Akur Netizen Anggap Kifarah - “Nak Fokus Pada Baby Sebab…”
Isteri kepada Shuk Sahar, Fara Salleh tiada masalah untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri tanpa kehadiran suami, Shuk Sahar.
Fara berkongsi perkara tersebut dalam satu hantaran di akaun TikTok dengan memuat naik beberapa keping foto dirinya menggayakan busana raya berwarna ungu tanpa kelibat Shuk.
Menurut Fara, buat masa kini, dia hanya mahu fokus untuk membuat persiapan bagi menyambut kelahiran cahaya mata memandangkan dirinya mungkin akan bersalin lebih awal.
“Raya solo tiada masalah, Lepas ni nak focus pada barang baby, focus pada baby sebab dah masuk 3rd trimester.
“Nak sediakan beg untuk bersalin sebab date tetap bersalin belum dapat, sebelum ni doc ada bagi date tapi mungkin kene bersalin awal sebab masalah jantung.
“Kene mula buat persediaan juga siapa nak kene bawa tiger untuk chemotherapy selama dalam pantang and bersalin,” ujarnya.
Selain itu, Fara juga seakan memberi bayangan bahawa dia menguruskan urusan sewaktu kehamilan seorang diri kerana menggelarkan dirinya sebagai ibu tunggal.
“Single mother kene kental! Buat masa sekarang Alhamdulillah Ya Allah banyak permudahkan macam macam urusan.
Bab lain kita serahkan pada Allah dan kita harapkan akhirat nanti semoga baik baik terima kasih banyak pada support system yang non stop bagi semangat,” ujarnya.
Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, lain pula yang menjadi perbincangan netizen.
Netizen yang pernah memerhati kehancuran perkahwinan pertama Shuk bersama Rossa Sera kini menyifatkan situasi Fara sebagai kifarah.
“Kifarah namanya,” komen seorang warganet.
“Ye lah,” balas Fara ringkas.
“Mana ada single mother masa pregnant. Bukan ke talak jatuh after bersalin?,” komen beberapa netizen.
“Yes talak jatuh lepas bersalin,” jawab Fara.
Terdahulu, Fara mengejutkan ramai apabila menyatakan kekesalan terhadap institusi perkahwinan seolah-olah memberi bayangan mengenai keberantakan rumah tangganya dengan Shuk yang belum pun mencecah setahun.
Fara dan Shuk mendirikan rumah tangga pada November 2023 dan ini merupakan perkahwinan kedua pelawak itu.
Syuk sebelum ini pernah berkahwin dengan Rossa Sera namun bercerai pada 22 Mac 2023.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 9, dan Nur Assyifatu Aimi, 6 tahun.
Must-Watch Video