Laman Utama

Berbalah, Britney Spears & Suami Bakal Bercerai?

gempak
Izwan Isa
17/08/2023
03:50 MYT
Sponsor Banner
Berbalah, Britney Spears & Suami Bakal Bercerai?
Penyanyi popular, Britney Spears dilaporkan telah berpisah dengan suaminya, Sam Asghari selepas berdepan pertengkaran akibat dakwaan penyanyi itu curang.
Menurut TMZ, Sam berkonfrontasi dengan Britney sekitar minggu lalu berkenaan dengan salah laku isterinya itu.
Portal tersebut turut melaporkan, Sam kini sudah berpindah keluar daripada rumah dan tinggal di lokasi berlainan. Difahamkan, Sam telah memfailkan perceraian terhadap isterinya.
Dalam pada itu, Britney dilaporkan telah menandatangani perjanjian pranikah yang melindungi asetnya selepas mendirikan rumah tangga dengan Sam.
Britney dan Sam mula menjalinkan hubungan pada 2016 selepas mereka berdua disatukan dalam klip video Slumber Party.
Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 9 Jun 2022.
Sumber: TMZ Kredit foto: US Weekly
BACA: Tayang Baju Kahwin Rekaan Versace & Kasut Kaca Ala Cinderella, Britney Spears: “Dongeng Itu Nyata”​
BACA: Britney Spears Kongsi Kehidupan Lepas Kahwin, Belum Pergi Berbulan Madu​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live