Laman Utama

Berbeza Umur 10 Tahun, Nick Jonas & Priyanka Chopra Mahu Anak 11 Orang

gempak
Azwa Rahman
04/02/2021
02:55 MYT
Sponsor Banner
Berbeza Umur 10 Tahun, Nick Jonas & Priyanka Chopra Mahu Anak 11 Orang
Penyanyi Nick Jonas, berharap dapat menimang anak seramai yang boleh bersama isterinya yang juga pelakon Bollywood popular, Priyanka Chopra.
Memetik laporan E Online, Jonas, 28, sudah bersedia dan tidak sabar untuk menjalani kehidupan sebagai ibu bapa bersama isterinya.
“Kami bertuah saling memiliki dan menyimpan hasrat sepenuh hati untuk masa depan. Semestinya perjalanan itu sesuatu yang indah.
"Lihatlah bagaimana nanti apabila sudah tiba masanya untuk kami menimang anak. Namun buat masa sekarang, kami mahu pastikan semuanya baik dalam hubungan kami," katanya.
Menurut Priyanka, 38, dia sudah bersedia untuk menimang cahaya mata dan turut berseloroh inginkan anak seramai satu pasukan kriket iaitu 11 orang.
“Keluarga memainkan peranan penting dalam hidup saya. Mempunyai keluarga sendiri adalah impian saya,” katanya kepada Daily Pop.
Pasangan serasi ini berkahwin pada Disember 2018 dalam majlis serba mewah dan meriah di India.
Dalam perkembangan lain, Jonas bakal kembali ke kerusi jurulatih untuk program The Voice musim ke-19 bermula 1 Mac ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live