Drama Bidadari Kiriman Tuhan yang bakal ditayangkan bermula hari menyaksikan gandingan hebat pelakon Mira Filzah dan Zul Ariffin.

Jika sebelum ini ramai menyaksikan gabungan mereka menerusi filem Sangkar, namun buat pertama kalinya mereka digandingkan dalam sebuah drama sebagai hero dan heroin.

Malah, pastinya ramai tertanya adakah gandingan mereka berdua bakal serasi dan memberi impak tambahan pula drama ini merangkumi 25 episod.

Selain itu juga, buat julung kalinya juga Mira Filzah akan membawa dua watak berbeza dalam satu drama.

Untuk melihat sendiri gandingan hebat ini, jangan lepaskan peluang untuk menonton karya terbaru Rashid Sibir setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria (104/124).

Untuk hari ini, dua episod ‘berkembar’ akan ditayangkan bermula jam 10 malam hingga 12 tengah malam.

Untuk makluman, Bidadari Kiriman Tuhan menceritakan mengenai pasangan kembar seiras, Manis dan Manja yang dilakonkan oleh Mira Filzah.

Manis hidup dalam keadaan normal seperti gadis biasa manakala Manja pula adalah lembam dan berperangai seperi kebudak-budakan.

Namun hubungan mereka sebagai adik beradik tergugat apabila Manis mula menaruh hati kepada seorang guru sekolah rendah, Yusof lakonan Zul Ariffin.