Bintang Gegar Vaganza 9 (GV9), Tom belum bersedia untuk bergelar isteri dalam masa terdekat.

BACA: Akui Bercinta, Fuad Rahman Rancang Nikahi Tom GV9! - "Saya Lamar Dia Jadi Kekasih 2 Minggu Lepas"

BACA: Pernah Bercinta Tahun 2005, Tom Terbuka Hati Terima Fuad Rahman - "Dia Nak Tebus Balik Silap ..."

BACA: "Anak-Anak Dah Panggil Dia Bapak" - Tom GV9


Namun Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram, 36, menyerahkan pada ketentuan Ilahi.

"Kembali bergelar isteri? Tak tahulah... Belum lagi kot. Bercinta dululah, kenal-kenal balik.

"Kita kena tengok betul-betul hati budi seseorang itu dan sama juga dengan dia (teman lelaki), kena betul-betul kenal saya dan anak-anak.

"Keadaan sekarang tak sama seperti dahulu, ketika kami dua-dua masih muda," ujarnya kepada Gempak.

Tom mengulas perkara terbabit selepas tularnya kisah hubungan rasminya dengan penyanyi Singapura, Fuad Rahman sebagai kekasih ketika ini.

Dalam pada itu, Tom juga akui Fuad cuba untuk membalas balik segala khilafnya meninggalkannya sendirinya terkontang-kanting sekitar lebih 10 tahun lalu sebelum ditahan oleh pihak berkuasa Singapura.

"Saya tahu kisah dia dan dia pun tahu apa yang terjadi kepada saya sepanjang tempoh kami terputus hubungan. Dia kata dia terkilan sebab dia tiada bersama saya melalui keadaan yang sukar sehinggakan orang buat macam-macam pada saya.

"Banyaklah dia buat salah yang dia nak tebus balik ketika ini," tambahnya.

Bagaimanapun, kedua-dua keluarga seakan-akan merestui hubungan mereka memandangkan masing-masing mengenali Tom dan Fuad.

"Bila Fuad jumpa keluarga saya, ada juga disarankan agar kami berdua berkahwin. Ibunya pun selalu berhubung dengan saya tapi kami belum berbincang ke arah itu.

"Fokus kami adalah karier terlebih dahulu memandangkan kami berdua baru habis GV9 dan Fuad pun baru nak bertapak di sini," kata Tom lagi.

Hubungan Tom dan Fuad menjadi perhatian apabila kedua-duanya mengumumkan menerusi kemaskini status di Facebook bahawa mereka kini dalam fasa 'in relationship'.