Gaya bersahaja Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, mengikat tali kasut seorang pelajar ketika menerima anugerah menarik perhatian netizen.

Menerusi entri di Instagram (IG), Hishammuddin telah berkongsi gambar ketika berada di atas pentas bersama dengan pelajar tersebut yang bernama Muhammad Ammar Hakim.

"Tali kasut adik Muhammad Ammar Hakim, anak PW1 Mohd Azmi bin Laibi, tidak tersimpul rapi ketika ingin terima Anugerah Kecemerlangan Pendidikan tadi, jadi saya tolonglah betulkan ikatannya.

"Agaknya dia begitu berdebar hingga terlupa mengikat tali kasut dengan baik! Apa-apa pun, sekalung tahniah diucapkan kepada Muhammad Ammar yang berjaya catat 7A dalam UPSR tahun lalu! #PerkasaPerwira," tulisnya.

Rata-rata pengikut Hishammuddin memuji aksi spontan dan sikap rendah diri beliau.

"@hakimi_8055: Pemimpin yang merendahkan diri. Tahniah Datuk, bukan senang nak cari macam ni. Salute."

"@zarinahalim: Kenape rase nak menitis air mata tengok gambar ini. Siapa pun beliau, beliau tetap seorang bapa. Hati bapa."

"@caramelazat.tpg: Mesti adik ini akan ingat sampai bila-bila. I'm so touched with this picture.


Sementara itu jangan lupa untuk menyaksikan Astro Awani (Saluran 501) untuk mengetahui berita terkini mengenai Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).