gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Hadir Di Acara Pelancaran Minggu Fesyen KL Mens, Aliff Aziz ‘Lari’ Dari Ditemu Bual Media
VIRAL
Keluarga Ireland Sanggup Beli Snek Malaysia Harga Hampir RM8 Sepeket - “Anak Saya Suka Super Ring”
HIBURAN
Asian Pop Stars Bakal Cipta Bintang Bertaraf Dunia, Lapan Finalis Dilatih Di Akademi Antarabangsa
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Berduet Dengan Sean Kingston, Mampukah Kilafairy Ke Peringkat Antarabangsa?

Syafiqah Jalal
Syafiqah Jalal
30/01/2018
02:25 MYT
Sponsor Banner
Berduet Dengan Sean Kingston, Mampukah Kilafairy Ke Peringkat Antarabangsa?
Percubaan Kilafairy menembusi pasaran antarabangsa berhasil apabila berjaya merakamkan sebuah lagu duet berjudul Put The Word In dengan penyanyi Hollywood, Sean Kingston.
Percaya akan kekuatan melodi dan lirik lagu itu, kata Kilafairy dia juga mempertaruhkan kepercayaan penuh kepada syarikat pengurusannya, Paranormal untuk merencanakan perjalanan lagu tersebut.
"Saya masih bayi dalam industri nyanyian dan kolaborasi ini merupakan perkara yang terbesar yang pernah berlaku dalam hidup saya.
"Ya, memang harapan saya untuk terbang lebih tinggi ke peringkat antarabangsa.
"Saya sudah pun melakukan sehabis baik dan seikhlas hati malah stail tarian yang lain daripada lain pun akan dipertontonkan dalam muzik video ini.
"Selebihnya saya serahkan kepada pengurusan saya untuk mengatur strategi untuk mempromosikan lagu ini," katanya ketika majlis pelancaran single Put The Word In di Pavilion Elite, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Put The Word In menampilkan kolaborasi antara Kilafairy, DJ Aku Ash dan Sean Kingston dalam lagu berentak funky pop.
Untuk rekod, Kilafairy bukan artis pertama yang berduet dengan artis antarabangsa.
Datuk Seri Siti Nurhaliza, Fauziah Latiff dan Jaclyn Victor misalnya pernah merakamkan lagu bersama artis antarabangsa sebelum ini.
Teks oleh: Amri Hassan Foto: IG @kilafairy
Topic Berkaitan
#Penyanyi
#Penyanyi
#Kilafiary
#Sean Kingston
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement