Berita kepulangan mantan vokalis Jinbara, Tia atau Shamsul Bakhtiar Zakaria pada usia 53 tahun bukan hanya mengejutkan peminat tetapi juga penyanyi Indonesia, Firman Siagian.

PILIHAN PEMBACA: Meninggal Dunia Sebelum Pembedahan Dibuat, Hati Tia Jinbara dan Isteri Bersatu Di Syurga

Firman mengenali Allahyarham yang meninggal dunia sewaktu sama-sama menjadi peserta program realiti Gegar Vaganza musim keempat.

“Saya terkejut dan ikut berduka cita dengan berita kepulangan ke Rahmatullah Tia. Kebetulan sebenarnya saya dan allahyarham sangat rapat sewaktu di Gegar Vaganza.

“Beliau orangnya sangat baik dan selalu berkongsi ilmu dengan saya.

“Paling saya ingat, beliau mengajarkan saya apa itu muzik rock kapak.

“Semoga arwah tenang di sana, amin,” katanya sewaktu ditemui media.

BERITA TRENDING: Tia Jinbara Meninggal Dunia Akibat Kanser Hati

Pada musim tersebut, Firman menduduki tempat kelima manakala allahyarham di posisi keenam.

Terdahulu, peminat dikejutkan dengan berita Tia meninggal dunia akibat barah hati hanya beberapa hari selepas hebahan penyanyi tersebut memerlukan dana sebanyak RM250,000 untuk melakukan pembedahan pemindahan hati dikongsikan.