Laman Utama

Bergaduh Ketika Mengaji, Rakan Geram Gigit Cuping Telinga Hingga Putus

gempak
Mya Amri
28/08/2023
09:50 MYT
Sponsor Banner
Bergaduh Ketika Mengaji, Rakan Geram Gigit Cuping Telinga Hingga Putus
Seorang kanak-kanak berdepan dengan peristiwa mengerikan apabila cuping telinga kirinya terputus selepas digigit rakan di tempat mengaji.
Kejadian itu berlaku di Kecamatan Bugul Kidul, Kota Pasuruan, Jawa Timur Indonesia.
Menurut laporan Jawa Pos Radar Bromo, insiden yang berlaku kira-kira jam 4 petang (waktu tempatan) itu bermula apabila mangsa dan suspek sedang mengikuti kelas mengaji bersama-sama sebelum berlaku pertengkaran.
Ketua Perhubungan Awam Polis Pasuruan, Aipda M Junaidi berkata, mangsa kemudiaannya dihantar ke rumah sakit untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Oleh kerana bacaan terlalu panjang, ustaz membahagikan tugas menyaksikan mangsa dan suspek diminta membacanya secara berganti-ganti
“Ketika bacaan di baca mangsa, suspek enggan menyemak bacaannya dan perkara itu secara tidak langsung mencetuskan pertengkaran antara mereka. Suspek kemudiannya menggigit telingan mangsa.
“Akibatnya telinga kiri mangsa putus dan dia terus dikejarkan ke hospital,” jelasnya.
Tambah Junaidi lagi, kes tersebut masih lagi dalam siasatan kerana kedua duanya masih di bawah umur.
Sumber: Radar Bromo
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live