Laman Utama

“Bergelar Isteri Pada Lelaki Penyayang..” - Ainul Aishah & Khalid Redzuan Selamat Mendirikan Rumah Tangga

gempak
Azwa Rahman
20/09/2022
08:40 MYT
Sponsor Banner
“Bergelar Isteri Pada Lelaki Penyayang..” - Ainul Aishah & Khalid Redzuan Selamat Mendirikan Rumah Tangga
Selepas empat tahun bercinta, pelakon Ainul Aishah telah selamat berkahwin dengan kekasih hati yang merupakan seorang ahli perniagaan bernama Khalid Redzuan pada Ahad lalu.
Menerusi laman sosial Instagram, Ainul atau nama sebenarnya Ainul Aishah Azizun, 37, memuat naik momen indah sewaktu majlis pernikahan yang berlangsung untuk tatapan umum.
“Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi atas berkat doa semua. Urusan majlis perkahwinan kami dipermudahkan dan berjalan lancar. Saya bersyukur dengan semuanya, saya kini bergelar seorang isteri kepada lelaki yang paling penyayang.
“Saya bertuah dikelilingi ahli keluarga dan kawan-kawan pada hari bahagia saya. Memori ini akan kekal selamanya dalam hati dan saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini sangat istimewa,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam majlis yang diadakan di The Saujana Hotel, Kuala Lumpur itu, Ainul dan suami tampil cukup berseri dalam persalinan serba putih.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya menitipkan ucapan tahniah dan selamat berbahagia buat Ainul dan Khalid dalam melayari bahtera rumah tangga mereka.
Sekadar info, Ainul dan Khalid menjalinkan hubungan cinta sejak April 2017 selepas menerima mesej peribadi yang dihantar melalui Instagram miliknya.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live