Teruja dengan kelahiran anak sulung! Mungkin itu yang sedang dilalui selebriti media sosial Maryam Younarae dan suaminya Ryzal apabila memuat naik beberapa video bersama anak mereka, Rina.

Menerusi perkongsian Maryam dan Ryzal di Tik Tok mereka, terdapat beberapa video yang mula tular dan mencuri tumpuan netizen.

Antara yang menarik adalah video yang mana Maryam menari bersama anaknya.

Selain itu, video memaparkan aksi nakal Maryam yang cuba memberi Rina menghidu bau buah durian juga tidak kurang hebatnya.

Sehingga artikel ini ditulis kedua-dua video berkenaan sudah pun mencapai lebih 300,000 tontonan.

Anda boleh lihat video berkenaan di bawah.

@uyounik

?‍♀️

♬ Dj BonBon Remix - ???? ? || • ??

Sementara itu, nenerusi ruang komen, kebanyakan netizen tidak henti memuji kecomelan Rina yang disifatkan sebagai kombinasi ‘rare’ antara Malaysia dan Korea.

“She is perfect combination Malaysian dengan Korea”.

“Mak and baby sama comel, Maryam potong rambut lagi menyerlah”.

“Ahh baby Malay-Korean, comel gila,” kata beberapa netizen.

Sekadar info, Ryzal dan Maryam berkahwin pada 15 Ogos 2019.

Pasangan itu kemudian bergelar ibu dan ayah selepas menimang cahaya mata sulung mereka, Rina pada Oktober 2021.