Tular di media sosial apabila sekumpulan pemandu perkhidmatan Uber dan Grab bertindak memboikot pelajar di beberapa institusi pengajian tinggi semalam.

Menerusi sebuah perkongsian di Facebook, seorang pemandu mengakui terkilan apabila kerap diberi rating rendah oleh pelajar atas alasan mereka menggunakan kereta buatan tempatan.

"Salam, minta viralkan post pasal sikap pelajar IPTA yang suka rate rendah pada driver uber dan grab. Untuk pengetahuan admin jika driver selalu dapat rating rendah iaitu dibawah 5 bintang, peluang untuk di ban oleh uber dan grab adalah besar.

"Dah banyak kes driver di ban dan kebanyakannya kerana rate dan report dari student IPTA. Masalah seperti ni tak berlaku setiap kali pick up expert ataupun golongan profesional. Tapi selalu berlaku setiap kali pick up pelajar IPTA atau IPTS.

"Kami cari rezeki tolong jangan tabur pasir dalam periuk nasi kami. Jangan pandang rendah pada driver uber atau grab. Ini bertindak dan berpandangan macam kami ni semua tak belajar tinggi," tulisnya seperti dikongsikan oleh Oh! Media.

Susulan daripada luahan itu, beberapa pemandu lain turut berkongsi pengalaman yang hampir sama terjadi kepada mereka sehingga menyukarkan untuk mencari rezeki.

@Mohd Izzuwan :"Ambil pelajar di kawasan kampus universiti itu menjadi punca rating keseluruhan saya jatuh.

@Haidir Adi Amin : "Saya pernah diberi rating satu bintang walaupun saya tak minta bayaran, memandangkan jarak lokasi yang dituju itu sangat dekat. Tapi demi tugas, saya ambil juga. Terkilan apabila akhirnya dia beri saya satu bintang saja.

@AzharIdris : "Betul saya pernah kena, walaupun mereka sudah ditegur namun masih buat juga dan perkara ini amat biadab.