Skip to main content

Konsert

Pemain Drum ‘Kegilaan’ Peminat Malaysia, Tyo Nugros Tidak Beraksi Di Konsert DEWA 19 - 'CintaKu TerTinggal Di Malaysia', Al Ghazali Ganti

Astro Gempak tyo

Sekilas

  • Pemain drum Dewa 19, Tyo Nugros, tidak dapat beraksi dalam konsert "CintaKu TerTinggal Di Malaysia" kerana ditahan imigresen di Jakarta tanpa sebab yang jelas.
  • Persembahan Tyo digantikan oleh Al Ghazali, anak lelaki Ahmad Dhani, manakala anggota Dewa 19 lain dan tiga vokalis tetap tampil memukau penonton.
  • Konsert ini juga menampilkan kumpulan Padi sebagai artis jemputan, buat pertama kali kedua-dua kumpulan gergasi Indonesia itu bergabung di Malaysia.
Advertisement

Peminat pemain drum kumpulan Dewa 19, Tyo Nugros kecewa apabila desas desus ketiadaannya dalam  Konsert DEWA 19 - "CintaKu TerTinggal Di Malaysia" yang dijadual berlangsung malam ini di Stadium Unifi Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur disahkan menerusi pengumuman yang dibuat sebentar tadi.

Menerusi video yang dipaparkan, Tyo menjelaskan kegagalan beraksi di atas pentas kerana telah ditahan di imigresen di lapangan terbang di Jakarta, Indonesia.

Advertisement

“Tanggal 6 Januari 2026 saya telah mahu berangkat dan berada di lapangan terbang. Bagaimanapun saya tidak dibenarkan berangkat oleh pihak imigresen atas permasalahan yang tidak saya ketahui.

“Saat ini saya sedang mencari tahu punca terjadinya masalah ini.

“Dengan ini saya meminta maaf sebesarnya kepada semua pihak. Sampai kita bertemu di pertemuan lain. Enjoy the show,” ujar Tyo.

Bagaimanapun persembahan Dewa 19 tetap berlangsung tuntas diganti oleh anak lelaki Ahmad Dhani, Al Ghazali.

Konsert DEWA 19 - "CintaKu TerTinggal Di Malaysia" juga berlangsung sempurna dengan kehadiran anggota Dewa 19 yang lain termasuk tiga vokalis mereka, Ari Lasso, Ello dan Virzha.

Antara lagu yang disampaikan termasuklah Pupus, Arjuna, Risalah Hati, Separuh Nafas, Kangen, Kirana dan Satu.

Advertisement

Konsert tersebut juga pertama kali menampilkan kumpulan Padi sebagai artis jemputan mereka. Ia merupakan pertama kali kedua-dua kumpulan gergasi Indonesia itu bergabung di atas satu pentas di Malaysia.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Must Watch Video

Advertisement