Skip to main content

Kecantikan

Elfira Loy & Sharifah Rose Curi Tumpuan Di Gelanggang Pickleball, Wardah UV Shield Pickle Open 2026 Satukan Komuniti Aktif

Astro Gempak wardah (2)

Sekilas

  • Wardah UV Shield Pickle Open 2026 di Kuala Lumpur menarik kehadiran selebriti Elfira Loy, Sharifah Rose, dan Dayah Bakar yang turut menyertai aktiviti sukan dan interaksi bersama peserta.
  • Acara ini mempromosikan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan wanita sambil memperkenalkan produk Wardah UV Shield melalui pelbagai aktiviti interaktif.
  • Pasukan Cari Matcha Lah muncul juara kejohanan pickleball dengan hadiah wang tunai RM1,500, menjadikan acara ini platform penting untuk komuniti wanita berkongsi inspirasi dan semangat kesihatan.

Kehadiran selebriti popular Elfira Loy dan Sharifah Rose menjadi antara tarikan utama di Wardah UV Shield Pickle Open 2026 yang berlangsung meriah di Playa Racquet Club, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Acara yang menghimpunkan komuniti wanita aktif itu menyaksikan kedua-dua duta Wardah Malaysia meluangkan masa berinteraksi bersama peserta selain menyokong usaha mempromosikan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan wanita.

Turut hadir memeriahkan acara ialah pengacara popular Dayah Bakar yang bertindak sebagai hos acara, selain turut menyertai kejohanan pickleball yang berlangsung sepanjang hari bersama para peserta lain.

Populariti pickleball yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat Malaysia menjadikan acara tersebut sebagai platform terbaik untuk menghubungkan komuniti yang berkongsi minat terhadap sukan, kesihatan dan kesejahteraan diri.

Menurut Country Director ParagonCorp Malaysia, Zaireen Ibrahim, penganjuran Wardah UV Shield Pickle Open 2026 bertujuan meraikan wanita yang mengamalkan gaya hidup aktif dan positif.

“Di Wardah, kami percaya gaya hidup aktif harus menyeronokkan, memperkasa dan boleh diakses oleh semua. Menerusi Wardah UV Shield Pickle Open 2026, kami mahu meraikan wanita yang bergerak dengan yakin serta menjadikan penjagaan diri sebagai sebahagian daripada rutin harian mereka,” katanya.

Selain menyaksikan aksi kompetitif di gelanggang, para pengunjung turut berpeluang menyertai aktiviti interaktif dan mengenali lebih dekat rangkaian produk Wardah UV Shield yang diperkenalkan sepanjang acara.

Kejohanan tersebut turut berlangsung dalam suasana penuh semangat apabila peserta daripada pelbagai latar belakang bersaing merebut gelaran juara.

Pasukan Cari Matcha Lah berjaya muncul juara keseluruhan dan membawa pulang wang tunai RM1,500, manakala Testing 123 dan Fortynine masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Lebih daripada sekadar acara sukan, Wardah UV Shield Pickle Open 2026 menjadi ruang untuk wanita berkumpul, berkongsi inspirasi dan meraikan gaya hidup aktif yang semakin mendapat tempat dalam kalangan generasi masa kini.

Anda mungkin berminat dengan

[wide leg] woman Long plazzo acid wash 5 pocket premium quality 26-36

[wide leg] woman Long plazzo acid wash 5 pocket premium quality 26-36

Stoned World Cup Series : Argentina

Stoned World Cup Series : Argentina

American Retro Striped Stitching Casual Pants Men's Loose Straight Wide-Leg Street Wear Casual Pants Seluar Baggy Pants

American Retro Striped Stitching Casual Pants Men's Loose Straight Wide-Leg Street Wear Casual Pants Seluar Baggy Pants

ELGINI E16154 Jaket Softshell Slim-Fit S-XXL | Water-Resistant Slim-Fit Softshell Jacket

ELGINI E16154 Jaket Softshell Slim-Fit S-XXL | Water-Resistant Slim-Fit Softshell Jacket

YONEX Match Plus Sport Socks SSM-1293-MP7-SR | Cushion Support | Antibacterial | 100% Original

YONEX Match Plus Sport Socks SSM-1293-MP7-SR | Cushion Support | Antibacterial | 100% Original

GU Energy Gel 32g (Assorted Flavours) Tasty, Portable Energy for Athletes Running Hiking Cycling

GU Energy Gel 32g (Assorted Flavours) Tasty, Portable Energy for Athletes Running Hiking Cycling

Must Watch Video

Advertisement