Gaya Hidup
“Beria Aku Ikut 10 Step Orang Korea Rupanya..” - Syed Saddiq Bongkar Rahsia Penjagaan Kulit
Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendedahkan rahsia penjagaan kulit tanpa celanya yang diamalkan selama ini.
Menerusi laman sosial Twitter, Syed Saddiq, 28, memuat naik sebuah video yang dirakam menggunakan akaun TikToknya untuk tatapan umum.
“Masanya untuk mendedahkan rahsia: penjagaan kulit wajah saya,” tulisnya sebagai kapsyen video.
Menerusi video berdurasi 15 saat itu, dia mendedahkan hanya menggunakan air paip untuk mencuci kulit wajahnya.Time to reveal the secret: My skincare routine ✨ pic.twitter.com/TbReoSIG8a— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) July 20, 2020
Ternyata mudah dan menjimatkan, rata-rata wargamaya kagum dengan keadaan kulit lelaki yang senang dijaga berbanding kulit perempuan yang memerlukan penjagaan rapi.
“Macam mana awak boleh cuci wajah dengan menggunakan air sahaja dan kulit nampak cantik? Ini tidak adil!” kata seorang wargamaya.
“yup sama, dulu muka breakout teruk, pakai macam-macam skincare last tak jadi apa, aku terus tak pakai. Lepastu hilang pula jerawat, kulit licin kembali,” sokong seorang wargamaya.
“Laaa habihkan la wuduknya YB oi . Elok dah basuh muka 3 kali tu. Boleh pegi sembahyang terus. Baru betul skin + imancare routine sekali,” usik seorang wargamaya.
“Aku ingatkn dalam 15 saat tu banyak step rupanya buka paip cuci muka pastu buat jari good,” komen seorang wargamaya.
“Dan aku pulak beria nak ikut orang Korea ajar 10 steps skincare routine. Tapi muka mcm pisang rebus jugak. Patut aku buat macam ni ja haha,” tulis seorang wargamaya.
“Lelaki cuci muka je tapi muka tetap flawless manakala perempuan dengan full set skincare tetap juga macam jalan tar,” ujar seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir 320,000 tontonan dan 21,000 tanda suka daripada warga Twitter.
Must-Watch Video