Laman Utama

"Berikan Kehidupannya Kembali!" - Giliran Madonna Pula Perjuangkan Nasib Britney Spears!

gempak
Asraf Aided
10/07/2021
14:40 MYT
Sponsor Banner
"Berikan Kehidupannya Kembali!" - Giliran Madonna Pula Perjuangkan Nasib Britney Spears!
Kes penyanyi pop tersohor, Britney Spears memohon menyingkirkan bapanya James Spears sebagai 'penjaga' (conservator) terus mendapat perhatian rakan -rakan industri di Hollywood.
Terbaru, Ratu Pop Madonna pula memperjuangkan nasib penyanyi yang popular dengan lagu Baby One More Time itu.
Menerusi ruangan Instagram Story, Madonna menyeru agar 'kehidupan' Britney diberikan kembali dan menegaskan kegiatan perhambaan telah dihentikan zaman berzaman.
"Berikan Britney kehidupannya semula! Aktiviti perhambaan sudah lama dihapuskan.
"Ini adalah pelanggaran kepada hak asasi manusia! Britney, kami akan usaha untuk bebaskan kamu!" tulisnya.
Terdahulu, Britney mengejutkan dunia apabila membuat pengakuan kepada Mahkamah Los Angeles, Amerika Syarikat mengatakan dirinya mengalami kemurungan teruk kerana kehidupannya dikawal seperti hamba oleh bapanya.
Dia merayu kepada hakim untuk dibebaskan daripada telunjuk bapanya, James Spears yang didakwa mengawal hidup serta kekayaan miliknya bernilai RM250 juta sejak 13 tahun lalu.
Antara selebriti lain yang turut memperjuangkan nasib Britney adalah Christina Aguilera, Justin Timberlake, Mariah Carey, Khloe Kardashian termasuk adiknya sendiri Jamie Lynn Spears.
3 Julai lalu, Gempak melaporkan keputusan mahkamah masih tidak berubah, James Spears sebagai penjaga kebajikan buat bintang tersebut.
Dalam perkembangan terbaru, Ibu Britney, Lynne Spears sedang dalam usaha mengadakan petisyen untuk anaknya mendapatkan peguam pilihannya sendiri dalam kesnya itu.
Foto: Instagram Madonna & Britney
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live