HIBURAN
“Berjauhan Dengan Anak Paling Menyakitkan” - Hafiz Suip Masih Terluka, Cuba Berdamai Dengan Takdir
Penyanyi Hafiz Suip meluahkan kesedihan paling mendalam dalam hidupnya apabila terpaksa berjauhan dengan dua anak tersayang.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Hafiz, 35, berkata situasi itu memberi kesan besar terhadap emosinya sebagai seorang bapa.
“Saya rasa apabila berjauhan dengan anak, itulah perkara paling sedih. Sampai sekarang saya masih melaluinya,” katanya.
Walaupun sedang melalui fasa kehidupan yang mencabar, penyanyi lagu Awan Nano itu tetap memilih untuk bersyukur dan reda atas setiap ketentuan yang berlaku.
“Saya bersyukur sahaja, bersyukur dengan setiap pemberian Tuhan. Saya cuba untuk berdamai dengan kehidupan, tak mahu cari salah. Sebab bila kita cari salah, kita jadi kusut. Bila bersyukur dan reda, insya-Allah akan ada kebahagiaan," tambahnya.
Dalam masa sama, Hafiz turut mengakui bukan mudah untuk berdepan dengan pelbagai persepsi masyarakat yang sering menilainya secara negatif.
“Banyak tanggapan orang pada saya, tapi paling sedih bila orang anggap saya jahat sahaja di mata mereka. Mulut orang kita tak boleh tutup.
"Apa yang saya boleh buat, jalani hidup seperti biasa. Lambat-laun orang akan faham dan tahu kebenarannya," ujarnya.
Sebelum ini, juara Akademi Fantasia 7 itu mengesahkan rumah tangganya bersama isteri, Nureffy, tidak dapat diselamatkan dan kini dalam proses penceraian.
Hafiz dan Nureffy berkahwin pada 14 Mei 2016 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Muhammad Riyadh Zafri, 8, dan Muhammad Alkaf Zayna, 5.“Berjauhan Dengan Anak Paling Menyakitkan” – Hafiz Suip Akui Masih Terluka, Cuba Berdamai Dengan Takdir
Penyanyi Hafiz Suip meluahkan kesedihan paling mendalam dalam hidupnya apabila terpaksa berjauhan dengan dua anak tersayang, satu ujian besar yang masih membelenggunya hingga ke hari ini.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Hafiz, 35, berkata situasi itu memberi kesan besar terhadap emosinya sebagai seorang bapa.
“Saya rasa apabila berjauhan dengan anak, itulah perkara paling sedih. Sampai sekarang saya masih melaluinya,” katanya.
Walaupun sedang melalui fasa kehidupan yang mencabar, penyanyi lagu Awan Nano itu tetap memilih untuk bersyukur dan reda atas setiap ketentuan yang berlaku.
“Saya bersyukur sahaja, bersyukur dengan setiap pemberian Tuhan. Saya cuba untuk berdamai dengan kehidupan, tak mahu cari salah. Sebab bila kita cari salah, kita jadi kusut. Bila bersyukur dan reda, insya-Allah akan ada kebahagiaan," tambahnya.
Dalam masa sama, Hafiz turut mengakui bukan mudah untuk berdepan dengan pelbagai persepsi masyarakat yang sering menilainya secara negatif.
“Banyak tanggapan orang pada saya, tapi paling sedih bila orang anggap saya jahat sahaja di mata mereka. Mulut orang kita tak boleh tutup.
"Apa yang saya boleh buat, jalani hidup seperti biasa. Lambat-laun orang akan faham dan tahu kebenarannya," ujarnya.
Sebelum ini, juara Akademi Fantasia 7 itu mengesahkan rumah tangganya bersama isteri, Nureffy, tidak dapat diselamatkan dan kini dalam proses penceraian.
Hafiz dan Nureffy berkahwin pada 14 Mei 2016 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Muhammad Riyadh Zafri, 8, dan Muhammad Alkaf Zayna, 5.
Must-Watch Video